CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 28, 2008

Kebersamaan itu indah.......


Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Aku sihat Alhamdulillah. Aku berdoa semoga nikmat kesihatan ini dapat aku kecapi hingga ke akhir nanti.

Aku nak mengajak semua untuk kita sama-sama menghirup bauan dan wangian Al-Amin Muhammad S.A.W, yang mana kita masih lagi berada di Bulan Rabiul Awwal. Sesaungguhnya pada bulan mulia ini telah lahir seorang makhluk yang paling agung ke muka bumi. Tanggal 12 Rabiul Awwal telah menyaksikan runtuhnya istana Kisra yang tersergam indah, seterusnya terpadam api biara majusi yang telah bertahun-tahun menyala membakar suasana. Pada tanggal itu juga lahirnya seorang bayi Mulia yang dikurniakan kepada pasangan Aminah dan Abdullah. Kelahirannya bagai membongkar rahsia Allah selama ini. Lahirnya utusan terakhir yang telah termaktub di dalam sebuah kitab si Pendeta. Insan Agung ini digelar Kekasih Allah pembawa risalah Agung yang menyuluh manusia ke jalan yang benar. Titik peluh baginda masih dirasai sehingga saat ini. Namun ramai yang tidak mempedulikannya. Lantas jadilah mereka manusia yang pekak,buta dan bisu dengan apa yang telah diwariskan oleh Sang Rasul tercinta. Haruman Al-Amin ini dapat kita hirup dan rasai hingga ke saat ini. Manakan tidak, tanpa penat dan lelah manusia mulia ini, kita takkan dapat menikmati keindahan dan keharmonian hidup di dalam Islam. Jadi, kitalah pewaris baginda yang perlu membawa risalah islami ini untuk dipupuk dan dicernakan secara total ke dalam masyarakat umumnya demi menegakkan kalimah suci LAILAHAILLAH…

Oklah hari ni aku cerita sikit pasal Jaulah AJKT yang baru kami laksanakan beberapa hari yang lalu. Pengembaraan bermula jam 5.30 ptg dengan menaiki bas ekspress dari Ramsis menuju ke Dumyat. Turut bersama kami tiga orang sahabat dari Dumyat, fahmi,Amin dan Nasruldeen.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 1/2 jam.Aku difahamkan sepatutnya masa yang akan diambil paling lama 3 1/2 jam. Tetapi mungkin pengamalan disiplin di Jalanraya memberikan sedikit impak kepada kelewatan kami sampai di Dumyat. Setiba di Dumyat kami mengadakan sedikit majlis ringkas bersama ahli. Setelah itu makan bersama-sama dan masuk tidur. Hari kedua merupakan hari yang paling mencabar. Kami bertolak ke Iskandariah pada jam 12.00 tengah hari menaiki van yang ditempah khas untuk menuju ke Iskandariah. Perjalanan ke Iskandariah kurang lebih 2 1/2 jam. Sesampai di Iskandariah kami terus mengadakan majlis bersama ahli di sana. Kemudian makan bersama-sama. Hari tu, akhawat masak sedap sangat. Ikan gorang, cabai palit, sayur gargir dan yang paling best masak lemak labu. Fuhhh….makan sampai tambah. Melambunglah ustazah-ustazah tu bila dipuji…..hehehe…lawak je ya usatazah. Oklah setakat ini dulu aku coretkan. Esok aku akan cuba posting lagi seandainya ada kesempatan. Semasa mengarang ni aku di Wad Hospital Raba'ah , menjaga adik firdaus yang baru lepas melalui satu pembedahan siang tadi. Moga-moga Allah sembuhkan beliau secepat mungkin kerana aku tak sanggup tengok dia sakit, dan aku rindukan senyumannya yang manis lagi cute tu…hehehe….cute la sangat…..oklah sekadar ini dahulu ya. Dokan aku dan kesihatan Firdaus ya.

Tuesday, March 18, 2008

Doa Kudus buat Bonda dan Ayahanda...


Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
Atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar
Atas kesayangan yang mereka limpahkan
padaku,
Peliharalah mereka
Sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita kerana
aku,

atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatanku,
jadikanlah itu semua
Penyebab hilangnya dosa-dosa mereka,
Meningginya kedudukan mereka dan
Bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu, ya Allah
sebab hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka
sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu
mencapai diriku,
Maka izinkahlah aku memberi syafa'at
untuk mereka,

sehingga kami semua berkumpul
Bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi
kemulian-Mu, ampunan-Mu serta
rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah
yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
Engkaulah yang Maha Pengasih Diantara
semua pengasih.

****

Mari kita kenang dosa kepada orang tua
kita.
Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa
kerana kedurhakaan kita.
Kerana kita sudah menghisap darahnya,
tenaganya, airmatanya, keringatnya.


Istighfar, istighfarlah
Barangsiapa yang matanya pernah sinis
melihat orangtuanya.
Atau kata-katanya sering mengiris
melukai hatinya, atau yang jarang
memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahwa anak yang durhaka
siksanya didahulukan didunia ini.

Istighfar yang pernah mendholimi ibu
bapanya.

Astaghfirullahal Adhiim
Astaghfirullahal Adhiim

Monday, March 17, 2008

Setangkai Doa...Sebuah Rindu..


Setangkai Doa sebuah Rindu…

Setangkai doa…

Menghiasi hening malamku…

Bersama harapan hasratku diintai..

Menjadi acra pembuktian ubudiahku..

Merebut cinta Sang Pemilik kasih abadi..

Di hati…

Penuh dosa dan noda …

Membuat diri asing terhina…

Namun, Setangkai doa dan rindu…

Menjadi penguat kasih dan harapanku…

Sebenarnya…

Aku tahu tentang semua itu..

Dosa,pahala,nista dan domba..

Tetapi…

Nafsu menguasai diri..

Oh tuhan…bantulah hambaMu ini…

Tatkala itu..

Kusentiasa menghitung…

Apakah masih ada ruang untukku..

Mendamba kasihMu Rabbi..

Mencium wangi rahmatMu ya ilahi..

Ku pasrah segalanya…

Di Sebalik semua ini…

Harapanku tak pernah luput…

Semakin membara impianku…

Ya Allah…

Pandangilah daku..

Lihatlah diriku..

Aku Rindu padaMu…

Di akhir ini..

Kutitipkan setangkai doa mewangi…

Agar kau tahu betapa tinggi pengharapanku padaMu…

Sunday, March 16, 2008

Indahnya sabar......


Assalamualaikum

Kaifa Haalukum? Aku sihat Alhamdulillah. Seperti biasa aku mengharapkan agar semua berada dalam kondisi yang baik dan sempurna di samping menjalankan rutin harian dengan tenang dan ceria.

Hari ini aku nak ajak kawan-kawan bercerita tentang sabar. Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman. Sesiapa yang hilang benda ni, tak tahu nak cakaplah…pasti dunia dia tunggang terbalik. Aku nak bawa satu senario yang terjadi di Negeri tercinta Perlis, Semua sekarang tak sabar-sabar nak pegang tampok kepimpinan. Nah, lihatlah sekarang ni semakin caca-merba. Aku merasakan semua pihak perlu bersabar di atas semua yang berlaku. Kepada yang tak terpilih kena banyak bersabar dan anggaplah ianya satu ujian yang mana Allah ingin menguji tahap keimanan hambanya. Bagi yang terpilih, perlu bersabar di atas amanah yang terpundak dan perlu menunjukkan prestasi yang terbaik. Oklah, cukup cerita pasal tu. Sekarang aku nak cerita pasal kesabaran yang sedang aku kendong dan galas. Terlalu banyak dan sehingga meruntun jiwa dan ragaku. Namun, bagi aku sabar itu tiada bertepi. Semakin bersabar semakin indah dirasakan ujian daripada Allah. Baru aku terasa hikmah Allah menyuruh hambanya bersabar dan menenangkan manusia bahawa Allah senantiasa bersama orang yang sabar. Di sebalik kesabaran yang aku tanggung ni, aku sempat berkongsi rasa hati bersama rakan yang aku rindu. Dia mendengar dengan penuh teliti dan senantiasa mengharapkan aku kuatkan diri. Terima kasih sahabat….Walaupun baru beberapa hari menjalinkan silaturrahim, dia memang seorang yang memahami. Satu lagi aku belajar, tiada istilah bersendirian dalam hidup sebab kita perlukan kawan untuk berbicara. Tambahan pula, aku nun jauh di negeri orang….kawan-kawanlah yang menggantikan mak dan abah menjadi penghibur setia dan perawat luka. Inilah satu lagi kesabaran yang perlu aku tanggung.Sabar dalam menuntut ilmu Allah yang sememangnya tiada batasan bak lautan luas saujana mata memandang. Aku senantiasa berdoa agar Allah mengurniakan satu sifat sabar yang mampu menjadi penghias diri paling indah untuk aku. Ya Allah kekalkanlah aku dalam kesabaran dalam apa jua keadaan sekali pun. Sesungguhnya engkaulah Sang Pemilik sabar yang hakiki.

Hari ni, aku tak buat apa. Tapi sempat jugalah menyelak sehelai dua buku kuliah. Imtihan dah tak lama lagi. Aku perlu lakukan persiapan secepat yang mungkin demi kelangsungan kejayaan yang cemerlang sepertimana dijanjkan Allah kepada hamba-Nya yang bertekun.Ok sekadar ini dahulu. Jumpa lagi esok ya..

Kata Hikmah Hari Ini: " Hati itu ibarat buku tulis kepada mata " Saidina Ali K.WH

Saturday, March 15, 2008

Bersendirian mengundang murung.....Cara mengatasinya?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa Khabar sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian? Aku sihat Alhamdulillah. Aku juga mengharapkan semua berada dalam keadaan yang baik di bawah rahmat kasih-sayang Allah.

Hari ni aku nak ajak semua sembang-sembang sikit tentang sifat bersendirian atau pun kemurungan. Kadang-kadang kita memerlukan sedikit sifat bersendirian di kala hati dan fikiran kita berkecamuk. Sudah lama aku memerhatikan dan merasai perasaan ini. Di saat aku menghadapi saat getir untuk menghadapi apa jua masalah, yang kecil mahupun yang besar. Bagi aku duduk secara bersendiriran dapat mmemberikan sedikit ruang dan kesempatan untuk otak dan akal kita berehat seketika.Di samping itu, kita dapat mencari satu momentum untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya dapat dicerna untuk menghadapi apa jua keadaan dengan tenang dan rasional. Tetapi ada juga keburukan yang terselindung di sebalik sifat bersendirian. Salah satunya, ia akan menyebabkan kemurungan dan kurangnya keyakinan diri. Seandainya diperhatikan , orang yang suka bersendirian ini tidak banyak bercakap dan sekaligus sifat ini akan menimbulkan sedikit kerisauan kepada orang lain. Bercakap tentang bersendirian ini juga, ianya datang daripada pelbagai sebab dan suspek yang berlainan. Bagi remaja, kemurungan atau bersendirian ini mungkinlah disebabkan sedang mengalami proses tumbesaran separa dewasa atau dalam erti kata lain sedang dilamun cinta atau dah putus cinta. Selain itu, kemurungan ini terjadi akibat seseorang itu merasakan dirinya tersisih dan disisih.Bahkan ada juga aku rasakan, kemurungan ini sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang lain.Oklah, apa pun aku merasakan sifat ini ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.Marilah sama-sama kita mengikut sebagaimana disyorkan oleh Islam untuk hidup di dalam Jamaah, insyaAllah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.

Oklah Cerita sikit tentang hari ini. Seusai solat Jumaat, aku bersama YDP-YDP ada berjumpaan bersama Presiden PMRAM buat kali terakhir sebelum Muktamar Sanawi minggu depan.Ustaz Hairul….Terima kasih banyak-banyak atas masa yang diluangkan bersama kami.Minggu depan dengan Presiden baru pulak. Selepas tu, aku terus ke Sungai Nil bersama kawan-kawan Rumah Perlis bagi melaksanakan Muzakarah Berkelompok secara gabungan. Rasa seronok sangat dapat bersama beramai-ramai naik kapal dan menikmati keindahan Sungai Nil.Kat atas tu ada la satu gambar yang sempat aku posing…hehehe…Oklah setakat ini dahulu dapat aku coretkan. Maaf di atas silap dan salah. Kalau ada komen, jangan segan silu untuk suarakan demi kelangsungan lapangan penulisan. Terima kasih.

Kata Hikmah Hari Ini : " Boleh jadi yang jauh itu lebih dekat daripada yang dekat dan yang dekat lebih jauh daripada yang jauh " Saidina Ali K.W.H

Tuesday, March 11, 2008

Hadiah Daripada Hati....

HADIAH DARIPADA HATI

Hadiah itu….

Lahir dari lubuk hatiku yang paling dalam,

Sedalam Lautan meluas yang tidak terduga,

Kuungkapkannya di hari dewasamu,

Dengan harapan kau kan bahagia…

Bila bertemu hadiah itu…

Hadiah itu….

Kusisipkan bersama rasa kasih dan cintaku..

Yang kupendam saat kali pertama kita bertemu..

Saat kutanam azam kau kan menjadi teman hatiku…

Lama kutunggu…

Akhirnya kau mula mengenaliku..

Semuanya dek kerna…hadiah itu…

Hadiah itu….

Kuserahkannya penuh keikhlasanku..

Kutepis malu dan buntu…

Ku hanya mengharap senyum di bibirmu..

Tatkala kau menyambut… hadiah itu

Hadiah itu….

Kini, kau sudah mengerti…

Tentang erti sebuah jalinan..

Ku ajarkan kau segala yang baru…

Aku bangga,aku suka, aku gembira..

Kerna aku, kau belajar sesuatu…

Dan kerana hadiah itu..kau mengenal erti rindu

Hadiah itu….

Tidak kuendah nilai tersirat…

Hanya kumahu sebuah penghargaan..

Rasa dihargai,rasa dirindui dan rasa dikasihi..

Terima kasih teman…

Kerana Hadiah itu…Kita kini sudah bersama…

Mengharungi hidup tanpa jemu…

Dan aku tidak ingin berpisah dek kerna hadiah itu…

Kuinginkan semuanya indah dek kerna hadiah itu…

Terimalah hadiah daripada hatiku…..

Nukilan oleh,

Penglipurlara Ceritera Hati,

10 Mac 2008 3.43 Pagi Kaherah…

Monday, March 10, 2008

Jauh Perjalanan..Luas Pemandangan..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian. Aku sihat Alhamdulillah….Lama kita tidak bersua di lapangan ni kan? Maklumlah, aku sedikit sibuk kebelakangan ini dan kurangnya masa untuk menulis serba sedikit.Tapi mungkin kesilapan aku yang tidak pandai mengatur masa. Aku merasakan penulisan ini adalah satu amanah dan selepas ini doakan agar aku istiqomah dalam bidang ini.

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Hari ini aku nak ceritakan sedikit pengalaman pengembaraan aku dan kawan-kawan ke Aswan dan Luxor. Bagi aku ianya adalah suatu pengalaman yang amat menarik dan sukar dilupakan. Perjalanan pada hari pertama bermula jam 8.30 malam menaiki Van travel yang disewa daripada 'Ammu Ali. Mula-mula tu, aku agak kerisauan sebab visa aku dah habis. Nak buat hari tu, beratur punyalah panjang dekat Buuth, Last sekali balik macam tu saje. Sekarang ni pun aku tak buat lagi sebab tarikh mati passport tu pun dah tak sampai sebulan pun.Aku rasa, lepas dapat passport baru nanti barulah aku nak buat visa.Oklah, aku teruskan cerita. Perjalanan dari Kaherah ke Luxor pada malam terseut mengambil masa kira-kira 10 jam. Sakitnya pinggang dan seluruh badan tak dapat aku gambarkan di sini. Memang benar sabda Baginda Rasul, sesungguhnya Musafir itu adalah azab.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, di Luxor ni hanya banyak terdapat tempat-tempat peribadatan Firaun zaman dahulu-kala. Gambar di atas adalah salah satu daripadanya. Kalau dilihat, itu hanyalah sedikit.Masih ada lagi di sekelilingnya yang masih dalam proses pencarian. Oklah , tiket untuk masuk ke tempat ini LE 15.Seterusnya kami ke satu tempat yang lain yang diberi nama The Valley Of The Queens. Tiket untuk masuk ke tempat ini jugak harganya LE 15. Menghairankan kami, tak delah apa sangat kat tempat ni, hanya ada lukisan berwarna yang terlakar di dinding yang menceritakan kehidupan Ramses dan isterinya suatu ketika dahulu. Satu lagi benda pelik, kami tak dibenarkan menangkap gambar walaupun sekeping.hhhmmm…..Sengal betul…Dahlah bayar mahal-mahal, lepas tu tak bagi tangkap gambar pulak. Kami di situ hanya seketika,lebih kurang 15 minit je. Satu lagi, pekak telinga dengar pak arab kat situ memekik "no FOTO" "No Camera" "No Video". Hiiiiiii…..menyampah.

mmm….Kalau aku nak cerita kat kawan kawan tentang rehlah ni mesti berjela-jela lembaran yang perlu aku gunakan. Senang cerita aku letak gambar, kemudian aku jelaskan serba sedikit ok tak? Itupun kalau aku ada kelapangan masa depan nanti ya.

Oklah, Kalau diperhatikan, tempat-tempat di sana banyak kesan peninggalan Firaun dan suku –sakatnya. Namun kita perlu tengok jugak untuk mengetahui tentang akibat mereka-mereka yang mendustakan Allah seperti Firaun ni…..Oklah, aku dah mengantuk ni, lain kali aku cerita lagi ya. Thank you…

Kata Hikmah Hari Ini : "Bermusafir adalah neraca kepada akhlak " Saidina Ali K.W.H