CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, May 30, 2008

Perginya seorang abah....

Assalamualaikum...

Saat aku menulis ni, dah lebih seminggu abah pergi meninggalkan kami semua. Hati mana tak gundah tatkala hilangnya seorang yang amat dikasihi. Saat menulis ni, mata aku sentiasa bergenang sehinggakan aku terpaksa berhenti menulis beberapa kali untuk memujuk hati. Di samping tu teringatkan emak yang semestinya lebih sunyi daripada aku. Ya Allah kau jadikanlah emak seorang yang tabah dan sabar atas dugaan ni. Air panas terus mengalis di kelopak mata. aku tak dapat teruskan...maaf...

Thursday, May 15, 2008

Ujian

Assalamualaikum

Ujian merupakan sesuatu yang perlu kita lalui sebagai hamba kepada Allah S.W.T. Tak kiralah Ujian yang berat ataupun ujian yang ringan. Kita hamba sahaya ni mungkin diuji dengan ujian yang ringan-ringan, tak seperti para rasul yang diuji dengan dugaan dan ujian yang hebat. Bagi yang berfikiran positif, mereka akan mengambil ujian ini sebagai satu cabaran dan akan menempuhi ujian yang melanda dengan hati yang tebuka dan fikiran yang matang. Bagi yang berfikiran negatif, ujian-ujian ni akan dianggap sebagai satu bebanan dan pastinya akan dipandang sepi tanpa mencari jalan penyelesaian. Jika kita seorang yang bijak, pastinya kita akan mencari jalan penyelesaian untuk semua masalah. janganlah kita menjadi pengecut tanpa mahu berdepan dengan ujian. InsyaAllah setiap ujian itu ada jalan keluarnya. Paling penting kita perlu serahkan kepada Yang Maha Esa setelah berusaha mencari jalan penyelesaian...ok!

Bercerita tentang ujian, tadi aku telah menjalani ujian syafawi untuk madah Al-Quran, Nahu dan Balaghah. Fuuhh....Mula-mula tu kencang jugak jantung berdegup, maklumlah dah lama tak periksa. sesekali periksa jadi macam tulah, seram sejuk rasanya. Alhamdulillah soalan yang ditanya berpatutan dengan piawaian hafazan aku....hahaha.... Harap-harap ada nusroh daripada Allah. Satu lagi ujian, esok abah akan dibedah sekali lagi. Menurut angah, usus besar abah ada yang dah rosak. Jadi pembedahan esok dilakukan untuk membuang usus yang tidak berguna tu dan sambungkan kembali yang masih berfungsi. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar. Aku mohon daripada kawan-kawan untuk doakan keselamatan abah aku esok ya.

Monday, May 12, 2008

Duit Oh Duit....


Assalamualaikum

Duit. mmmm....aku rasa semua orang pasti suka kalau kita cakap pasal duit. Macam-macam kita boleh buat dengan duit ni. Di samping tu macam-macam kita boleh jadi kalau kita banyak duit. Kadang-kadang kita boleh jadi Raja, Kadang-kadang bolah jadi Menteri, Kadang-kadang kita boleh jadi Bussinesman, tetapi last kali mesti jadi pengemis semula, sebab duit itu bersifat sementara dan akan habis juga akhirnya. Akan tetapi bagi mereka yang pandai mengurus kemasukan dan pengeluaran duit mereka pastinya akan berada dalam keadaan yang selesa dan tidak akan menghadapi masalah dengan duit. Perlu ingat, sekiranya kita mempunyai duit yang banyak, jangan lupa hebah-hebahkan kepada mereka yang amat memerlukan.InsyaAllah dengan keberkatan duit yang kita keluarkan Allah akan melipat gandakan rezeki kita. Kalau orang yang banyak duit tetapi kedekut, pastinya tiada keberkatan dalam hidup mereka.Duit yang berlimpah-ruah hanya dibiarkan menjadi tukun dan dia lebih rela melihat mereka yang miskin dan tidak berupaya mati kebuluran. Kawan-kawan ingatlah, duit yang banyak tu takkan dibawa ke mana-mana, apa yang akan dibawa hanyalah pahala yang dibuat daripada duit tu. Fikir-fikirkan ya....

Alhamdulillah hari sabtu lepas aku dah periksa madah takhalluf Nusus. Power jugak soalan dia, harap-harap ada nusroh daripada Allah.mmm.....Hari Khamis ni abah akan dibedah sekali lagi. Menurut adik, usus besar abah dah bersambung dengan pudi kencing, jadi pembedahan hari khamis ni adalah untuk pisahkan dua benda tu. Aku minta kawan-kawan untuk doakan keselamatan abah ya. satu lagi benda yang aku pening, masalah zakat negeri Perlis yang tak masuk-masuk lagi. Telefon berdering-dering setiap hari orang tanya pasal zakat. Aku dah tak tahu nak jawab apa. Kepada kawan-kawan dari Perlis, sabar-ssabarlah ya, InsyaAllah duit tu akan sampai.mmmm.....biasalah duit kan, siapa yang boleh sabar......

Thursday, May 8, 2008

Nama...

Assalamualaikum....

Semua benda di atas muka bumi ni ada nama kan? Nama merupakan sesuatu yang begitu penting untuk kita kenali sesuatu dan berkomunikasi dengannya. Oklah, kita fokuskan pada nama manusia. Sebaik-baik nama di atas muka bumi ini adalah nama MUHAMMAD. Kita disarankan untuk meletakkan nama ini agar di akhirat kelak kita akan beroleh syafaat Udzma yang akan dikurniakan oleh nabi kita Muhammad SAW. Sejak kebelakangan ini, aku dapati banyak nama-nama yang kurang islamik yang tidak membawa makna yang baik dan indah. Sebagai contoh,Merdeka,Komanwel dan macam macam lagi. Kadang-kadang nama ni, dah boleh menjadi satu gambaran tentang seseorang. Tapi tak semuanya kan? Ada orang namanya cantik, tapi perangai......alahai mengalahkan beruk....hehe...Ada jugak orang yang namanya taklah indah sangat, tapi baik budi pekertinya. Oleh itu kita perlu berbangga dengan nama kita, dan kita perlu menjaga sikap dan tingkah laku kita, agar nama kita tidak tercalar...

Oklah, cakap pasal nama ni, tadi kawan-kawan berhimpun di bilik aku membincangkan tentang nama arau Cafe yang hendak ditukar. Macam-macam cadangan diberikan. Kadang-kadang nama yang dicadangkan begitu lucu hingga tergelak nak pecah perut. Contohnya, Bamboo Cafe', Citra Cafe', Buluh la, Pelangi la, Nusantara la...Kalau rosman bagi cadangan mesti nak bubuh perkataan Nusantara.....agak2 keindonesiaan....hahaha...maklumla???? Oklah akhirnya jumpa jugak nama baru, iaitu...."ALWAN CAFE' "....Cuba teka siapa yang cadang? hehehe....Adios...

Tuesday, May 6, 2008

Sakit

Assalamualaikum.....

Kawan-kawan pernah sakit tak? mmmm.....rasa-rasanya mesti setiap manusia pernah rasa sakit kan? Macam-macam penyakit yang ada atas muka bumi ni.Demam la, Kanser la,darah tinggi la, kencing manis la, kencing masam la, haha... dan banyak lagi. selalunya orang sakit ni akan jadi seorang yang baik....hehe...kalau tak percaya tanya aisam...hehehe....Sabda Rasul, setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali mati. Sapa pun tak boleh elak benda ni. Bila sampai waktunya, kita takkan dapat tangguh ataupun percepatkannya.mmm.....Satu lagi sakit yang agak kronik aku rasa adalah sakit hati. sakit hati ni kalau dibiarkan akan membarah hingga akan menyebabkan tekanan yang tinggi akan kita rasakan. Orang yang pernah sakit hati ni mesti faham dengan keadaan yang dialami. Sakit hati ni pun ada ubatnya. Nak tahu ubatnya? Ubatnya adalah dengan menenangkan hati.....Oklah, kalau kawan-kawan ada yang sedang sakit hati dengan sesiapa, tenang-tenangkanlah hati, moga rasa sakit hati tu dapat dikurangkan.....

Alhamdulillah, siang tadi Abah dah selesai menjalani pembedahan di bahagian pundi kencing yang kira-kira mengambil masa 3 jam lebih di Hospital Alor Star. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan keselamatan abah. selepas ini doakan moga abah cepat sembuh dan dapat menjalani hidup seperi biasa....Terima kasih....Adios Amigos

Sunday, May 4, 2008

Sedih....

Assalamualaikum...

Tidak dinafikan perasaan sedih pernah dialami dan dirasai oleh semua insan. Kesedihan ini terjadi disebabkan banyak perkara. Kadang-kadang sedih sebab kehilangan orang yang tercinta. Ada pulak yang sedih sebab ditinggalkan seseorang yang dicintai. Tak kurang juga yang sedih sebab Gagal dalam sesuatu perkara. Pokok pangkalnya perasaan sedih ni datang apabila kita dilanda sesuatu musibah atau kecelakaan. Perasaan sedih ni susah nak dibuat-buat, cuba kawan-kawan buat-buat sedih, mesti tak menjadi punya....Perasaan sedih ni sukar diubat kecuali dengan satu, kita kena kerap dan sering mengingati Allah. Nescaya perasaan sedih tu akan hilang. Namun yang paling penting bukan hanya masa sedih ja ingatkan Allah, tetapi perlu ingat Allah pada setiap masa.Cakap pasal sedih ni, dua tiga hari ni perasaan tu asyik merundung hidup aku ni. Pertamanya sebab abah tengah sakit dan kedua dan ketiganya banyak lagi la benda yang membengkak dalam pemikiran aku ni. Mujur ada teman-teman yang menghibur hati, taklah aku layan sangat perasaan sedih tu. Moga-moga Allah membuka jalannya untuk aku menghadapi semua ni.

Mmmm......Jadual imtihan dah keluar hari ni. Aku akan mula periksa tanggal 17hb ni, dan akan tamat pada 14 Jun......satu masafah yang panjang. hampir-hampir sebulan menempuhi ujian. Moga-moga Allah bagi kemudahan InsyaAllah.....Adios....

Friday, May 2, 2008

Cantik...


Assalamualaikum....

mmm....korang semua suka benda cantik tak? haha....kalau kita jawab tak suka, pasti kita dianggap macam tak betul sikit kan? sedangkan Allah itu cantik dan suka semua yang cantik. Aku dapat rasakan yang semua orang sukakan benda yang cantik. Taki kiralah orang ke, bunga ke, kereta ke,rumah ke pasti kita nak yang cantik-cantik kan? Tapi Allah itu Maha Bijaksana, ada juga benda-benda yang diciptakan agak kurang cantiknya. Kalau semua orang cantik, siapa nak jadi hodoh...hahaha....Tapi orang yang cantik tak semestinya cantik perangainya, dan orang yang hodoh tak semestinya perangainya buruk. Jangan salah faham, kadang-kadang tu ada juga orang yang cantik perangainya cantik bak rupanya , dan ada jugak yang buruk perangainya sebijik macam buruk mukanya.mmm.....tapi bagi aku, semuanya berbalik kepada perangai,tingkah laku dan yang paling penting adalah hati....Kalau hati baik dan suci pasti semuanya akan cantik, tapi kalau hati busuk, muka pun tak hadap nak tengok....ehehe...

Hari ni aku dikhabarkan, abah akan masuk Hospital sabtu ni dan akan menjalani pembedahan di bahagian pundi kencing. Doktor kata, abah diserang kanser pundi kencing. Ya Allah, lemah jantung aku bila dapat berita tadi. Tapi apa yang aku mampu aku lakukan? Abah, anak abah ni hanya mampu berdoa dari jauh ja. Ya Allah kau selamatkanlah abah aku, dan berilah seribu ketabahan kepada dia untuk tempuhi semua dugaan ini. Abah, Ketahuilah anak abah ni terlalu sayangkan abah. Ya Allah kau kuatkanlah dia.....

Thursday, May 1, 2008

Penat.......anda kenal?

Kawan-kawan kenal penat tak? Aku kenal sangat dengan penat dan lebih-lebih lagi kenal dengan sangat penat...hehe..Bukan apa, hari ni aku rasa macam penat sangat, tapi dalam kepenatan tersulam di sana keseronokan bersama kawan-kawan mengharungi hidup di bumi anbiya' ni.Kalau nak cakap pasal penat, 24 jam pun kita takkan habis cakap. Macam -macam jenis penat ni, betul tak? kalau seorang pelajar pasti penat sebab setiap hari menghadap buku yang banyak dan nota nota yang perlu disiapkan. Kalau seorang pelayan restoran sudah tentu penat melayan karenah pelanggan yang berkunjung. Seorang ibu pula, pasti penat melayan karenah anak-anak, apatah lagi ibu-ibu yang ada anak-anak kecil yang sentiasa merengek minta dilayan.mmm...Bagi aku kepenatan ibu tak dapat kita hitung dengan wang ringgit. Sebagai anak yang soleh, doa kita yang bersungguh-sungguh perlu kita panjatkan untuk ibu tersayang.Cuba bayangkan seorang ibu mampu menjaga 10 ke 20 orang anak dengan selamba tanpa rasa penat, tapi kita pasti disebalik kepenatan ibu terlindung seribu satu pengharapan yang menggunung buat kita, cuma antara kita sedar atau pun tidak....mmm... cakap pasal ibu..Hari ni Hari Jadi Ibuku... selamat Hari Ulang Tahun yang ke 59 buat ibu tersayang. aku doakan moga kau bahagia dan hidup aman sentosa.Ketahuilah aku terlalu sayang padamu....Terima Kasih ibu...

Oklah, cerita sikit pasal hidup. Hari Jadual imtihan masih lagi belum keluar.Esok cuti hari pekerja, Lusa Cuti Hari Jumaat,Tulat agak-agaknya baru nak keluar jadual tu. Hari ni jugak aku ke Talaqqi quran, dah nak masuk juzuk 8. Doakan semua berjalan lancar dan baik ya. Ok la, jumpa lagi ya...Adios Amigos...