CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, August 9, 2008

Harapan ibu...

Ibu kesunyian
tatkala abah pergi
pastinya tak kembali lagi

Masih belum cukup tiga purnama
Tertutup rapat sepasang mata
Sang suami tercinta

Bibir ibu
Tak lekang bercerita
Perihal abah tatkala menderita

Abah pesan ini padaku
Abah pesan itu padaku
Sebak memenuhi dimensi hati

Kata ibu
akulah kekuatannya
akulah sendinya

Harapan ibu
Aku disampingnya
Sementara hati kembali berbunga

Ya Allah,
Kau berikan kekuatan pada ibu
Kau Pugar kembali semangat ibu

Andai itu kehendak ibu
akan kuturut walau aku merana
kerana ibu tiada gantinya...

Friday, August 8, 2008

Sahabat itu...


Sahabat itu
Lapan tahun dulu..
Kecil Comel Girang Riang..
Hari ini 08/08/08...
Dia dah berubah...

Sahabat itu..
Kalau dulu
Senang datang bertandang
Susah datang berlindung...
Hari ini 08/08/08...
Dia senang aku pun tak tahu

Sahabat itu..
Sebelum ini
Sering di sisi
Kini...sahabat itu
Berlagu sepi...

Sabahat itu
Telah berubah
Mungkin salah aku
memimpin dia ke arah itu
Dosa,Hina dan Dina..

Maafkan aku......

Friday, August 1, 2008

Ujian Walau Di Hujung Dunia....

Aku di sana,
Ujian itu di sini,
Pasrah dan Redho...

Aku Di Sini,
Namun ujian itu di sana pula,
Terbukti imanku masih lemah...

Lantas...Tatkala itu aku diuji lagi..

Al-Hidayah....

Ayat al-Hujurat menyedarkan John Pugh


Allah melihat kepada ketakwaan dan amalan baik setiap insan. - Gambar hiasan


“JIKA kita semua (penganut Kristian) menghormati di antara satu sama lain, sudah pasti tidak timbul pelbagai perbalahan dan perbezaan pendapat sesama kita.” Kata-kata seorang paderi sewaktu menyampaikan khutbah inilah yang telah mencetuskan kesedaran serta membuka minda lelaki kelahiran Toowoomba, Queensland, Australia, John Pugh sekali gus membawa kepada pengislaman beliau kira-kira tujuh tahun lalu.

Pugh yang dipetik menerusi pengakuan penghijrahan akidahnya kepada sebuah laman web Islamik mengakui, titik perubahan ini berlaku kira-kira sebulan selepas pengislaman isteri yang dibuat secara tidak rasmi. Apatah lagi pada masa itu, hatinya semakin kecewa dan memberontak dengan agama kepercayaan yang pernah suatu ketika itu diagung-agungkan.

Ditambah pula apabila diketemukan pula dengan surah al-Hujurat ayat 13 di mana Allah berfirman yang bermaksud: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki, seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

“Hakikatnya inilah yang menyedarkan saya bahawa sungguhpun ayat di atas diturunkan kepada umat Islam menerusi kitab al-Quran tetapi sebenarnya, kehidupan yang saya lalui selama ini adalah berasaskan idea-idea atau ajaran Islamik.

Semasa aktif dengan kerja-kerja di gereja lagi, saya tidak pernah lupa menyumbang bakti kepada mereka yang memerlukan atau miskin. Kepercayaan kepada Tuhan begitu teguh malah saya selalu berusaha melaksanakan apa sahaja kehendak-Nya, saya menilai manusia itu secara adil. Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa. Yang pasti, keserasian ini telah hadir sejak saya dilahirkan di dunia ini.

“Menariknya, di dalam Islam setiap seseorang itu adalah sama di sisi Allah tidak kira mereka itu orang Arab atau sebaliknya, orang berkulit putih atau hitam. Yang pasti Allah melihat kepada ketakwaan dan amalan baiknya, maka di akhirat jua semua amalan mereka itu ditimbang dan semua umat Islam itu adalah bersaudara.

“Kenyataannya yang tidak saya sedari selama ini iaitu Allah telah membawa atau mendorongkan saya kepada agama Islam. Inilah yang dikatakan ketentuan Ilahi. Malah pada masa sama, isteri saya telah lebih dahulu mengenai salah seorang ketua masyarakat Islam di tempat kami iaitu Dr. Shahjahan Khan yang juga selaku Presiden Persatuan Islamik Toowoomba,” kata bapa kepada dua anak ini yang memeluk Islam bersama isterinya.

Ikrar syahadah mereka itu telah disaksikan pasangan Khan sewaktu pasangan itu berkunjung ke rumah mereka iaitu pada 16 Jun 2001.

Menurut Pugh, pengislaman mereka suami isteri bukanlah datang mendadak. Ini kerana sepanjang aktif dengan gereja telah wujud beberapa keraguan. Pun begitu, pada masa itu ia tidak dibesar-besarkan memandangkan agama pegangan itu adalah segala-galanya dalam kehidupan.

“Namun, isteri saya yang lebih dahulu dan agak berani mempersoalkan tentang beberapa perkara yang diajarkan di gereja yang dikatakan sentiasa berubah-ubah. Ini kerana, semasa belajar di University of New England, dia mengambil pengajian Islam.

“Katanya, dalam Islam penganutnya mempercayai bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan kepada Allah, ceramah-ceramahnya sentiasa menitikberatkan soal keamanan, kedamaian dan kesamaan. Malah, mereka yang arif dengan Islam (ulama, mereka ini tidak pernah gentar menjawab soalan-soalan sukar seperti yang berkaitan ketuhanan sehingga berani berdebat tentang perbandingan agama.

“Akui isteri, ini ketara benar dengan apa yang berlaku di dalam agamanya. Mereka yang banyak meluahkan persoalan, akan cuba ‘dilenyapkan’ atau dianggap bersalah atau berdosa. Apa yang diajar mestilah diterima tanpa mempersoalkannya. Keyakinan mendalam isteri kepada agama Islam mengatasi segalanya, lantas mengambil keputusan bergelar Muslim dan seterusnya memakai tudung dan berpakaian sopan,” kata Pugh yang tidak menyangka keyakinannya kepada agamanya sebelum ini menjadi pudar sebaik mengenali Islam.

Menerusi laman web ini juga Pugh berkongsi serba sedikit latar belakang kehidupannya sebelum Islam. Beliau mengakui bahawa dirinya seorang yang boleh dikategorikan seorang pengikut setia Kristian.

“Setiap minggu, kami (saya, ibu, nenek dan pakcik) akan ke gereja. Pakcik merupakan orang yang bertanggungjawab mempengaruhi saya kepada agama ini kerana dia seorang yang dikira setia. Pada 1984, selepas kematian pakcik, kehidupan saya musnah dan ini menyebabkan saya berjanji untuk menyerahkan seluruh jiwa dan raga saya kepada gereja. Saya mula melibatkan diri dengan kerja-kerja dakyah dalam pelbagai aktiviti mereka.

“Pada masa itu juga saya sempat mempelajari sejarah agama tersebut dan dari situ sudah nampak beberapa perkara di dalam agama ini yang tidak berapa jelas dan paling ketara ia sentiasa berubah-ubah. Namun, semuanya saya pendam kerana cintakan agama ini.

“Lama-kelamaan, apa yang saya harapkan demi menyumbang kepada gereja menemui kehancuran apabila kerjaya yang saya bina di situ lenyap, apabila saya ditinggalkan tanpa pekerjaan atau lebih tepat, bergelar penganggur,” kata Pugh yang mengalami kisah sedih apabila dia sendiri disingkirkan dari gereja kerana dianggap sebagai bebanan dan sering menimbulkan pelbagai persoalan yang dikatakan akan mengugat institusi gereja mereka.

- Petikan daripada IslamOnline.net

Cerita Tentang Wadi Ilmuku....

UNIVERSITI AL-AZHAR BATALKAN MOU SEBAB RAKYAT MALAYSIA
Dilulus terbit pada Friday, August 01 @ 14:36:28 MYT oleh reformis

Berita Oleh sripetaling

"
Penulis taklah berapa tahu tentang University Al-Azhar sebab penulis bukanlah penuntut di sana, tapi satu berita yang terpampang di Malaysiakini baru sebentar tadi begitu meletakkan penulis dalam keadaan tak tahu nak memberikan komen...diharapkan rakan-rakan yang pernah menuntut di sana memberikan komen tentang berita ini atau mereka ada saudara, anak atau sebagainya :



Malaysiakini reported:

"
Lemah Arab punca al-Azhar batal MoU
Aug 1, 08 12:15pm
kemaskini 2:06pm Timbalan perdana menteri mendedahkan bahawa pembatalan perjanjian kerjasama antara Universiti al-Azhar dengan kesemua 20 kolej Islam di Malaysia akibat pencapaian rendah pelajar Malaysia, terutamanya penguasaan bahasa Arab.





Pembatalan itu dibuat oleh majlis tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh al-Imam al-Akhbar sendiri, kata Datuk Seri Najib Razak selepas merasmikan majlis pelancaran program khusus pelajar Malaysia ke Universiti al-Azhar.





Dalam ucapannya sebelum itu, Najib berkata tuduhan yang dibuat selama ini bahawa pembatalan perjanjian itu dibuat oleh kerajaan Malaysia merupakan "tuduhan yang meleset".





"(Kerjasama) itu Universiti al-Azhar yang batalkan. Sebab ada tuduhan kita membatalkannya. Universiti al-Azhar batalkan (perjanjian)," katanya.





Bagaimanapun, menurutnya, universiti tersohor dalam pengajian Islam itu telah "membuka ruang lain" supaya pelajar yang dihantar daripada kalangan pelajar-pelajar yang terbaik.





"Kita kena ambil langkah hantar pelajar yang terbaik. Universiti al-Azhar sudah bagi notis pada kita. Mereka tidak mahu (ambil) pelajar yang pencapaian mereka rendah," kata Najib.





Kelemahan penuntut Malaysia di luar negara itu, menurutnya, disebabkan sesetengah mereka menjadikan universiti itu sebagai "pilihan terakhir".





Mereka juga bukan daripada pelajar-pelajar pilihan, tambahnya.





Penuntut program khusus ini diperkenalkan kelas persediaan selama setahun sebelum menyambung pengajian empat tahun lagi di universiti, kata Najib.





Dalam majlis itu, Najib menyampaikan biasiswa sumbangan Amanah Raya Berhad seramai 20 pelajar pengambilan pertama program khusus ke universiti itu.





Mengulas penguasaan bahasa Inggeris kumpulan itu, Najib berkata, mereka yang terpilih mendapat keputusan baik dalam SPM antara 8A hingga 10A, termasuk pencapaian bahasa Inggeris dan Matematik.





Ditanya tentang dasar pengantar bahasa Inggeris untuk pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah yang sering dipertikaikan banyak pihak, Najib berkata, implikasi dasar itu sedang dikaji.





"Kementerian berkeanan (Kementerian Pelajaran) akan mencadangkan kepada kerajaan (tindakan) selanjutnya," katanya.





Menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan akan menurunkan harga minyak mengikut situasi semasa ekonomi dunia, Najib berkata ia "bergantung kepada situasi pasaran".





Kerajaan, tambahnya, membincangkan perkembangan harga minyak global secara mingguan.





Mengulas pendirian PAS semalam menolak kerajaan campuran dengan Umno, sambil berseloroh Najib berkata:





"Macam-macam kenyataan (PAS) yang keluar, tak apalah dulu. Kalau hendak bincang, bincanglah dulu, tak usahlah buat macam-macam kenyataan. Bincanglah."