CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 8, 2011

Ada Cintamu

Kurasakan Cintamu Ada,
Di Setiap Nafas Ketika,
Bukan ia Kerana Harta,
Bukan jua pangkat dan rupa,

Kutahu cintamu setia,
Sejak dari kita bersua,
berjauhan tiada gelisah,
Kerna kasih ada dijiwa.

Kini, terpateri kau jadi milikku,
Menjadi Permaisuri Hati,
Kan kuhiaskan dirimu,
Sebagai penyejuk di mata.....
Penawar di hati...

Kubersyukur padaMu tuhanku,
Kurniakan Peneman hidupku,
Cinta ini kuharap ke syurga...
Cinta ini kuharap selamanya...

Nukilan buat isteriku Jamilah, Moga Kau Penyejuk Di Mata, Penawar di Hatiku...Ameen...

Friday, December 24, 2010

Semangat!!!

Terkuak jendela mata di hening subuh gelita

Lantas bergendang hati mengiring untaian doa…

Moga hari ini luar biasa dari semalam!!!

Menjanjikan gerimis dan sinar mentari bersatu membentuk pelangi indah…

Galak jajaran bunga menguntum mekar

Seakan menyuntik benak rasa terkuncup

Bingkas berdiri gagah mendongak langit

Membakar semangat marak tak luak…

Suria pagi muncul tersenyum rawan

Menerpa nubari bagai bersatu rasa

Berderap langkah menuju cita

Bersama semangat sejuta rasa

Semangat itu digenggam kala membara

Biar lebur menjadi abu!!!

Semangat itu walau di hujung tanduk

Biar bersepuh emas seribu!!!

Semangat itu walau di pangkal lengan

Biar sampai ke hujung bahu!!!

Terkadang benak membungkam bimbang….

Mungkinkah semangat lekang dek panas kontang???

Ataukah hanyir dek hujan banjir???

Atma bermohon satukanlah semangat ini sejajar iman…

Saturday, March 13, 2010

Rinduku Pada Muhammad

Berkocak kolam rinduku memukul tubir sukma,

Tatkala menutur nama sucimu Muhammad!!!

Berterbangan debu-debu cinta sirah insan junjungan,

Melakar jajaran manik-manik kasih bersinar indah,

Insan agung berhati putih itu aku dambakan…

Membawa sinar dikala ummat meraba di dalam zulmat..

Sehingga kini aku mencium haruman kasturi terakhir

Delusimu ampuh menjalar seluruh atma rawan…

Ungkal tertunduk dek sabda abrar yang meruntun

Menjadikan aku malu terpanah untai tuturmu

Kugudangkan rindu padamu di balik danau iman yang rapuh…

Terkadang benak bertingkah hebat!!!

Mungkinkah kau kan menjelingku walau di hujung mata???

Kugagahi jua menyarung sunnahmu dikala diri memakai baju nista..

Harapanku kau kan menoleh walau sekadar Cuma…

Menebar Syafaat kubra yang diimpi igau ummat manusia…

Kulakarlukiswarnakan diri dengan hikmah tuturmu,

Moga ku terhimpun di sisimu di hari himpunan agung nanti…

Mawar putih kembang mekar seakan berbunga rinduku..

Kutitipkan buatmu Rasul sedari putik berbau harum..

Kutahu kau hanya mengunyah pahit pekat hempedu

Demi mencurah manisnya madu buat ummatmu…

Kusandarkan rinduku pada dinding pengharapan

Moga kita bersatu di alam malakut…

Friday, January 8, 2010

Mencari Yang Halal

Yang Halal itu sudah jelas terpampang

Namun kenapa haram tak jemu bertandang

Merobek hati meruntun nurani

Jiwa seakan hitam dililit temali noda


Canggung seketika

Dikala terkuak jendela dosa

Menggunung sayup tatkala terdongak

Tingginya tak mampu kurobohkan…


Halal yang kucari

Mengapa haram datang lagi

Mungkinkah benteng halal rapuh tidak ampuh

Terjelopok runtuh walau tersentuh daun luruh


Benak rawan pantas menawan

Ketahuilah haram itu hiasannya indah tak keruan…

Halal itu penuh ujian mencabar keimanan

Tertunda akal membeza dua haluan


Tersungkur di gerbang rahmat andai ku pilih haram,

yang halal itu sudah tertulis untukku

Kuatkanlah pasak mendasar rasa

Kupasrahkan padaMu jua pemilik segala…


Allahu Rabbi…

Tuesday, November 10, 2009

Sampai Hati Kau...

Sampai hati kau!!!

Kau tinggal kawan-kawan kau yang sedang berjuang

Tunggang terbalik lintang bersilang membahu amanah

Berkorban hati menagih ihsan…


Sampai hati kau…

Tergamak kau menggadai prinsip kau!!!

Kau pentingkan diri kau!!!

Kau puaskan nafsu kehendak kau


Aku tahu kau tak ikhlas

Semu perlu ikut kehendak kau

Kau sombong bongkak berlagak

Kau tak terima pujuk kami!!!


Sampai hati kau buat semua ini…

Aku tahu kau senyum pada kami

Senyum sinis tengok kami kerja sendiri

Kau tepuk tangan dendam kau terbalas…


Tapi..Kami tak kisah…

Kami tahu Allah bersama kami

Dia akan beri yang lebih bagus

Kerna dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kami…