CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, June 29, 2008

Penghargaan,Terima Kasih dan Selamat Tinggal...


Assalamualaikum...

Penghargaan dan terima kasih selalunya kita akan berikan di atas setiap sesuatu yang kita terima samada secara besar-besaran atau kecil-kecilan. Tambah tambah lagi rasa terima kasih dan syukur di atas setiap sesuatu nikmat yang dikurniakan tuhan kepada kita. Hamba yang bersyukur adalah hamba yang senantiasa mengingati Allah pada setiap detik dan waktu. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan adalah sesuatu yang dituntut agar apa yang kita rasai akan berterusan dan akan ditambah oleh Allah s.w.t. Sebagaimana penegasaan Allah dalam surah Ibrahim : Sekiranya kamu bersyukur makan akan kutambah kepadamu dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azabku amatlah pedih. mmm....tertanya dibenak hati, adakah aku sudah mencapai tahap syukur yang telah digarispandukan tuhan? Sudah pasti terketuk pintu hati dengan mengatakan akau belum benar-benar bersyukur, kerana segala sesuatu yang kuterima ada sahaja yang tidak kena dan sering aku leteri dan tidak puas hati. Ya Allah selama ini aku leka dan alpa di atas setiap nikmatmu. Aku tak mahu jadi mereka yang tidak bersyukur, yang sentiasa merungut di atas setiap nikmatmu, tak pernah menganggap semuanya adalah terletak di atas tanganMu yang Maha Mulia dan telah tertulis di dalam jadual perjalanan pentadbiranMu...Bantulah aku menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dan bertasbih buatmu...

Saat menulis ni, aku sedang menghitung jam untuk berlepas pulang ke Malaysia Al-Mahbubah. Walaupun sampai ke saat dan detik-detik akhir ini aku masih meragui status tiket kami yang masih belum berada di tangan. Tetapi aku tahu Perancangan Allah itu maha hebat. Ujian yang getir ini disiram ke atas hamba yang lemah lantas untuk menguji tahap kesabaran dan keimanan di atas setiap ketentuan. Tetapi aku yakin semuanya akan berakhir dengan penuh hikmah dan halus. Di kesempatan yang berbaki di bumi barakah ini, aku ingin merakam ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang sentiasa berada di sisi tanpa mengenal jemu. Doakan kepulanganku direstui dan doakan moga aku dengan tenangnya dapat menziarahi makam ayahanda untuk menghadiahkan sekudus Al-Fatihah buatnya. Aku dapat rasakan yang dia sekarang berada di syurga. Buat teman, Peron,Aisam,Rosman,Latib,Rafis,Hadi,Rodi,Adi,Radhi, dan yang lain ribuan kemaafan aku pohon di atas setiap kesilapan,kekasaran,keterlanjuran,kebiadaban dan kesombongan. Antum adalah terbaik buat aku.Doakan yang terbaik untukku dan aku takkan pernah lupa mendoakan yang terbaik untuk antum. Pastinya aku akan merindui senyum manis, gelak tawa dan gurau senda antum. Buat Aisam, tabah ya!! ana tau anta boleh...Buat Adik Iman dan Firdaus, terima kasih kerana sudi menjadi teman permusafiran dan doakan semua berjalan dengan lancar...InsyaAllah...

Terima kasih...

Sunday, June 22, 2008

Kekuatan......banyaknya????

Assalamualaikum

Kekuatan hati dan jiwa tersangatlah penting. mmm.....kadang-kadang kita dah buat macam-macam, tapi orang masih tak faham. Alhamdulillah Allah s.w.t pinjamkan sedikit sifat As-soburNya buat hamba yang hina dina.

Ya Allah kuatkanlah hambaMu ini.....

Saturday, June 21, 2008

Panggilan dan Seruan


Assalamualaikum

Setiap hari kita akan mendengar seruan atau panggilan. Tak kiralah kawan ke, mak, abah dan saudara-mara. Kalau pagi-pagi di sini kawan-kawanlah yang selalu panggil atau kejutkan untuk kita solat subuh. Mmmm....Dalam banyak-banyak seruan dan panggilan, seruan azan merupakan sesuatu yang unik didengar dan mengandungi kalimat-kalimat yang penuh bermakna. Panggilan dan seruan ini khusus mengingatkan kita untuk menunaikan amanah yang terpundak dengan mendirikan sembahyang lima waktu yang telah difardhukan. Satu Kewajiban yang perlu dilunaskan setiap muslim,. Rasul telah menyatakan bahawa perkara pertama yang akan dihisab di hari pembalasan adalah solat, sekiranya sempurna solat yang dilaksanakan insyaAllah amalan-amalan yang lain akan dihitung sebagai amal soleh. Tertanya di benak, adakah solatku sudah sempurna?

Cerita pasal azan ni, aku teringat ketika mana di Luxor, Selatan Mesir aku pernah melaungkan seruan azan di satu Masjid yang diberi nama Masjid Assuni seperti tertera di gambar yang aku lampirkan. Munngkinkah itu adalah laungan azan orang melayu pertama di bumi Luxor? Hehehe.... Peron kata aku tak pernah bubuh nama dia dalam blog ni. oklah aku bubuh kali ni....Peron,peron,peron,peron,peron.......Satu nama mushtaq daripada kalimah Firdaus dan disebabkan dia kecil dan tak berapa nak tinggi aku bagi nama dia isim tasghir....FUROIDIS.....

Tuesday, June 17, 2008

Menanti pasti...

Assalamualaikum

Menunggu dan menanti ada lumrah kehidupan kita. Kita senantiasa menunggu sesuatu dengan harapan yang ditunggu akan tiba. Apakah perasaan anda apabila yang ditunggu tak tiba? Pasti kecewa serta diuli dan digaul dengan perasaan marah yang membara. Oklah, kita tengok seorang ibu menunggu dan menanti lahirnya seorang anak yang dikandung selama sembilan bulan. Pastinya penantian itu satu perasaan yang amat manis walaupun perit menanti saat kelahiran nanti. Kalau mereka yang memohon pekerjaan, pastinya menunggu jawapan yang baik setelah mengharungi temuduga yang mendebarkan.Kalau yang tanam bunga pastinya menanti tumbuhnya bunga yang indah dan cantik. mmm.....terdetik pertanyaan adakah bagus kita menunggu tanpa melakukan apa-apa? Sedangkan kita inginkan semua yang indah dan bagus belaka. Ibu pastinya berdoa agar anak yang bakal dilahirkan sempurna dan baik, pastinya banyak amalan yang akan dilakukan,antaranya banyak membaca al Quran, berzikir dan sebagainya. Kalau yang tanam bunga pulak akan menggembur tanah, memberi baja, menyiram air dengan harapan apa yang ditanam seindah yang diimpikan. Pokok pangkalnya kita tak digalakkan untuk hanya menunggu tanpa melakukan sesuatu, kerana Allah menyuruh hambanya bertawakkal setelah berusaha dan berdoa agar dikurniakan semuanya yang terbaik.

Cakap pasal menunggu ni, aku sedang menunggu hari untuk berlepas pulang ke tanah air tercinta. 9 hari lagi...fuhhhh...tak sabarnya... Ingin kucium tangan bonda dan akan kuziarahi pusara ayahanda. Mungkin sekarang dia di syurga kan? Satu lagi semua budak-budak Perlis tengah menunggu , Bilalah agaknya zakat tahun ni nak masuk? noktah

Wednesday, June 11, 2008

Naik dan Turun......

Justify Full
Assalamualaikum....

Naik dan turun merupakan lumrah dan rencam kehidupan duniawi. Macam-macam benda yang naik dan turun ni. Kalau kat Malaysia sekarang ni cerita pasal minyak naik,mmmm...mengamuk satu Malaysia. Tak pernah-pernah naik sebegitu banyak, tup tup....PM umum minyak naik harga, bukan seposen, dua posen, tiga posen tapi....................Lapan posen...Fuyyooo...Kawan kawan kata, dulu nak pergi rumah nureen is minyak RM 5 ja, tapi sekarang...mau tau la...tak cukup RM 12 jangan mimpi nak sampai Kaki Bukit hehehe....Tu tentang minyak, kadang-kadang naik dan kadang-kadang turun. Hidup kita pun macam tu jugak. Tak selamanya kita akan naik. Pasti tiba suatu masa kita akan turun. Turun bukan bererti kita melepaskan tanggungjawab tapi kita perlu memberi peluang kepada orang lain.... Betul tak?

Cerita pasal naik dan turun ni, harga tiket pun dah naik melambung-lambung. Mmmm.....aku planning tu nak balik Malaysia la...mula-mula dah bayar LE 4800, tup tup naik harga....gila-gila pulak tu LE 5500....Hahahha....mana nak cari duit? Noktah

Monday, June 2, 2008

Hidup......


Assalamualaikum....

Hidup membawa seribu erti kepada kita. Ianya perlu kita lalui dengan baik sebelum bertemu dengan mati. Hmmm....Alangkah baiknya seandainya kita dapat mengetahui di mana akhirnya perjalanan hidup kita kan? Allah menyembunyikan semua itu adalah untuk menjadikan kita seorang yang gigih dan rajin melakukan amal ibadat sebelum menemui penghujung hidup. Anda macam mana? dah ready untuk mengakhirkan hidup? Kalau dah, baguslah. Tapi sebagai seorang yang beriman, kita perlu senantiasa melakukan kerja dan amal soleh agar pengakhiran hidup kita adalah dalam iman.

Imtihan dah sampai di pertengahan, ramai juga yang sudah berada di garisan akhirnya. Bagi akau pulak ada lagi 4 paper yang perlu aku lalui, dan yang paling best semuanya madah2 yang killer @ membunuh..hehehe..Alhamdulillah malam tadi kami dipertemukan dengan Doktor Abdul Aziz bin Hanafi. Beliau adalah Graduan Phd Universiti Al Azhar. syakhsiah Toyyibah yang menjadi tumpuan ramai. Seronok dapat bertemu muka dengan orang-orang 'alim, terasa seperti dibuka hati dan dilimpahkan kasih sayang. Harap-harap dapat lagi bertemu dengan ulama' ulama' yang lain Amiin.....