CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, December 30, 2007

Bergelumang dengan buku dan Muqorror...


Assalamualaikum....

Apa khabar kawan-kawan? aku sihat alhamdulillah. Selaut kemaafan aku pohon sebab lama dah tak update blog ni. Aku harap kawan-kawan faham sebab aku tengah berada di medan yang memerlukan aku bersiap sedia dengan persiapan yang cukup..oklah kalau ada rezeki kita jumpa lepas aku selesai bertarung dengan minda dan penaakulan tanggal 19 Januari 2008.

ok ya!!! Doakan aku berjaya!!!!

Sunday, December 16, 2007

Ikhlas tapi Jauh...


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam pertemuan sekali lagi.Aku doakan moga semua berada dalam keadaan yang baik dan selesa. Hari ni aku macam biasa sihat sejahtera.Oklah, bidayatan aku nak ajak kawan-kawan sembang pasal Ikhlas. Pendapat aku ikhlas ni hanya diketahui oleh tuan punya tubuh dan Allah S.W.T.mmm….dan seperti yang aku pernah dengar, ikhlas ni umpama semut hitam yang melata di atas batu hitam di malam yang gelap-gelita.maksudnya ianya tidak diketahui dan tidak dilihat oleh sesiapa.Ikhlas itu keluar luhur dari hati sanubari seseorang dan bukan kerana trerpaksa.Orang yang ikhlas ni , selalunya dia melakukan sesuatu bukan kerana inginkan nama,pangkat dan pujian.mmm…sekarang ni, cubalah kita sama-sama tepuk dada dan tanya adakah selama ini kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja.oklah marilah kita sentiasa berdoa moga-moga Allah golongkan kita di kalangan orang yang ikhlas InsyaAllah.

mmm….hari ni adalah hari yang baik bagi aku.semuanya berjalan lancar tanpa ada masalah yang membebankan. Oklah ,hari ni aku banyak menyelak buku-buku untuk imtihan.selepas raya ni musim imtihan akan bermula.Aku kena mula awal untuk pastikan akau boleh menjawab dalam imtihan nanti.

Selepas Maghrib tadi, aku buat perjumpaan dengan semua AJKT. Aku berbincang pasal Hari Raya Haji yang akan tiba beberapa hari lagi.mmm…kami semua sepakat untuk membuat rumah terbuka kecil-kecilan pada hari raya pertama .Alhamdulillah ada beberapa orang sahabat-sahabat dari Perlis nak buat korban.InsyaAllah nanti kita akan korbankan 4 ekor khoruf.Terima kasih aku ucapkan kat mereka yang sudi buat korban tahun ni.kalau tak, buntu jugak kalau tak dak buat apa-apa masa raya nanti.Khoruf diaorang dah pergi beli tadi, ada kat belakang rumah.Siapa yang tak mandi hari ni boleh pergi tolong jaga kambing kat belakang rumah,hehehe….Oklah Kepada semua sahabat-sahabat dari Negeri Perlis Aku jemput datang rumah terbuka Perlis pada Hari Raya pertama nanti yah…

Malam ni jugak aku pergi Lapangan Terbang hantar Pegawai balik Malaysia. Jauh di sudut hati sedih jugak, sebab dia dah macam abang kitaorang.mmm….tapi dia balik pun bagus jugak, sebab banyak kebaikan untuk dia.dengar berita PNB dah tawar dia kerja.Aku doakan moga dia sukses dalam semua benda yang dia buat.Apa-apa pun terima kasih sebab jaga kitaorang di sini selama ni.

Oklah,aku rasa sampai sini dulu untuk hari ni.Kepada sesiapa yang teringat kat aku hari ni thank you banyak-banyak.Aku sayang korang semua. InsyaAllah esok aku posting lagi yah!!!

Kata Hikmah Hari Ini: " Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan. Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui."Saidina Ali KWH

Saturday, December 15, 2007

Terasing di Bumi sendiri


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar kawan-kawan? Alhamdulillah aku sihat-sihat aja.Aku pun harap-harap semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.Buat permulaan mari kita sembang sikit pasal sikap "menghargai" . mmm….kalau nak ditafsirkan benda ni memang sangat luas maknanya.tapi aku nak fokuskan kepada sikap menghargai orang-orang yang berada di sekeliling kita.Oklah, kadang-kadang aku pun terabaikan benda ni. Aku rasa benda ni amat penting sebab kalau kita tak menghargai orang yang berada di sekeliling kita pasti kita akan dikatakan sombong. Menghargai di sini, bukan aku maksudkan kena puji orang tu melambung-lambung atau layan orang tu macam Raja.Tapi aku rasa cukup dengan lontaran senyuman yang manis ataupun ucapan terima kasih yang keluar luhur dari hati.Oklah, aku mengajak diri aku dan semua orang untuk sama-sama kita saling menghargai antara satu sama lain, dengan harapan kita dapat terus hidup dalam keadaan aman dan harmonis.

Oklah, aku mulakan cerita pasal hari ni dengan solat jumaat yang aku tunaikan di Masjid Nuri. Hati aku dah terpaut dengan masjid nuri untuk solat jumaat.Entah kenapa aku pun tak pasti.Tapi yang aku dapat rasakan, masjid ni tersergam indah dan keluasan dalamnya sejauh mata memandang dan membuatkan hati merasa tenang.Oh ya,satu lagi mungkin disebabakan Khatib yang bertugas di sini semuanya bagus-bagus belaka.Khutbah hari ni, sama seperti yang disampaikan oleh Dr. Umar Hashim,tentang haji.Maklumlah sekarang ni musim orang naik haji.Kita pun hendaklah sentiasa berdoa agar diberi kesempatan untuk ke sana InsyaAllah.

Hari ni juga aku sibuk membantu Pegawai Rumah Perlis menguruskan hal-hal rumah sebab esok dia dah nak balik.Berserabut jugak kepala aku, sebab lepas ni nak kena uruskan hal pejabat dia.Sebagaimana aku difahamkan dia akan balik dan kemungkinan besar takkan kembali ke sini lagi.mmm…..maknanya lepas ni kena tunggu Pegawai barulah jawabnya.Tapi takpa, aku dan kawan-kawan yang lain akan jaga rumah baik-baik InsyaAllah.

Malam tadi jugak, tokey kantin baru buat kenduri kesyukuran.Sebagai tanda dia memulakan pengurusan baru Arau CafĂ©. Ramai jugak yang datang.Kawan-kawan dari Kedah paling ramai.Maklumlah tokey baru ni orang kedah, nama dia Encik Farid.mmm…Diorang jamu nasi merah dan daging masak gulai.Tapi aku tak makan, sebab aku tak makan daging.mmm…Habis kenduri aku jumpa Pegawai sekali lagi, banyak juga benda yang dia pesan dan InsyaAllah aku akan jalankan.

Oklah sampai di sini sahaja untuk hari ni.Tapi sebelum tu aku nak ucapkan selamat pulang kepada Pegawai dan insyaAllah kalau umur panjang kita jumpa lagi dan satu lagi nak ucapakan Selamat Pengantin Baru sebab dengar2 dia akan kahwin bulan 3 tahun depan.InsyaAllah esok aku posting lagi yah!!!!

Kata Hikmah Hari Ini: " Cukuplah bila aku merasa mulia karena Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahwa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai." Saidina Ali KWH.

Thursday, December 13, 2007

Syukur dia atas nikmat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar semua? aku sihat Alhamdulillah. aku harap korang pun sentiasa sihat bersama orang yang tersayang...hehehe...

Hari ni, awal-awal pagi aku ,aisam dan ammu Ramadhan ke Pejabat air di Hayyu sadis.Alhamdulillah dah selesai semua urusan, dan yang paling menggembirakan aku, semua bil-bil yang lama telah dihapuskan dan kami perlu membayar untuk bil yang sampai bulan lepas dan yang akan datang ke depan. Alhamdulillah atas kelapangan yang diberikan.

Lepas pergi Pejabat air, aku terus menuju ARMA minta surat pengecualian buat medical check up sebab aku tak keluar Mesir tahun ni. Alhamdulillah jugak, kerja di ARMA berjalan lancar walaupun pelajar-pelajar yang datang buat urusan terlalu ramai.Seingat aku tak sampai 15 minit aku dah dapat surat tu siap dengan tandatangan Encik Amri.Terima kasih ya Encik Amri.

Kemudian aku terus ke kuliah dengan harapan dapat bayar yuran dan terus buat kad pelajar.Alhaamdulillah sekali lagi Allah beri kemudahan kat aku.Tak sampai setengah jam, urusan semuanya selesai.Terima kasih ya Ammu!!!

Lepas tu aku terus balik rumah.sebelah malam ada bacaan yaasiin dan kenduri kesyukuran. Syed Fathyn yang buat kenduri sebab dia dah nak balik Malaysia dalam masa terdekat ni.Tahniah Fathyn, doakan aku kat sini ya..

Oklah, tulah cerita pasal hari ni, yang aku rasakan Kasih-sayang Allah tiada berbelah bahagi.Aku bersyukur padamu Ya Allah.

Oklah sampai sini dulu ya sebab dah mengantuk nanti kalau ada masa aku posting lagi ya....

Kata Hikmah Hari Ini: " 4 perkara yang boleh mengundang syurga iaitu : 1 Merahsiakan musibah 2 Merahsiakan sedekah 3 Berbuat baik kepada kedua ibu bapa 4 Memperbanyakkan "LAILAHAILLALLAH". Saidina Ali KWH

Saling Memahami

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Doaku bersama sahabat-sahabat yang senantiasa berada di hati sanubari…Kawan-kawan ingat kat aku tak? Hehehe…kalau ingat terima kasih banyak -banyak ya!!...oklah sebelum aku cerita pasal hari ni, mari kita sembang-sembang sikit tentang pengorbanan.Bagi aku pengorbanan adalah satu kerelaan melepaskan sesuatu dalam keadaan dipaksa dan keterpaksaan.Selalunya pengorbanan ni, kita lakukan demi mendapatkan benda yang kita inginkan.Betul tak?...Oklah, kalau kawan-kawan ada komen pasal pengorbanan ni, boleh sama-sama berkongsi pandangan, dan bersempena Hari Raya Korban yang akan menjelma tak lama lagi, sama-samalah komen ya…

Hari ni aku ke kuliah lagi, macam biasa naik van yang disediakan.mmm…di Kuliah, Muhadhoroh yang pertama madah Qiraat. Kalau ikutkan, doktor sepatutnya masuk dewan pukul 9.00 pagi tapi, dia masuk pukul 10.50 pagi. Fuhhh….1 jam 50 minit aku duduk dalam dewan tunggu Doktor datang.mmm….sambil tunggu doktor dapat jugak aku muqorror madah Qaah Bahas dan Lahjaat..Alhamdulillah, senang sikit nak baca buku lepas ni.Doktor masuk dalam 15 minit sembang-sembang tentang bab-bab yang akan naik dalam exam, kemudian dia keluar. Lepas tu aku pun keluar dan terus menuju ke Masjid Al-Azhar untuk tunaikan solat zohor.Kemudian aku terus balik.

Sampai di rumah. aku terus serang kantin untuk makan tengah hari.mmm…suasana kantin sekarang ni dah lain, tak best sangat macam dulu,sebab dah ganti orang baru..mmm aku rasa macam susah nak sesuaikan diri.Rungutan pun aku dengar daripada pekerja-pekerja lama yang tak berapa suka dengan orang baru ni. Asyik mengarah yang itu dan yang ini…Sabar jelah ye…hehehehe…

Malam pulak banyak jugak aku dapat buat nota, biasalah kan, dah dapat muqorror, lajulah sikit.Tengah-tengah asyik study,Ammu Ramadhan datang nak jumpa.mmm….dia beritahu yang pagi tadi, orang pejabat air datang.Orang tu nak datang buat spot check betul ke Rumah Perlis ni Rumah Pelajar. Ada satu benda pelik, di Ramsis Rumah ni dikategorikan sebgai safarah, kat Hayyu sadis Sebagai Tijarah.Oh.noooo!!!! kalau kena bayar atas tiket tijarah lagi melambung lah jawabnya.mmm…tapi Ammu Ramadhan dah jelaskan bahawa rumah ni memang rumah pelajar dan restoran kat sebelah tu adalah untuk tempat pelajar makan. Lepas tu, orang tu pun percaya dan minta ammu Ramadhan pergi ke Hayyu sadis untuk selesaikan bayaran tertunggak dari bulan 10 tahun lepas sampailah bulan 10 tahun ni.mmm…nak tahu berapa kena bayar? Semuanya LE4646.98.Selepas bayar semua ni, satu resit akan diberikan dan bulan selepas ni, hanya perlu bayar LE130 sahaja.Jadi esok, aku dengan Ammu Ramadhan akan ke Hayyu Sadis untuk selesaikan semua benda ni.Semua doakan moga urusan ini dipermudahkan ya..

Oklah, aku ada tetamu malam ni, abang Yon. Kak Ibah dok kat Alex,masuk kuliah.dia bujanglah seketika.Oklah, esok aku posting lagi ya…

Kata Hikmah Hari Ini: " Pohonlah Rezeki daripada Allah SWT melalui sedekah " Saidina Ali KWH.

Tuesday, December 11, 2007

Dimensi membutakan hati...


Salamullahi'alaikum Warahmatuhu Wabarakatuh….

Selamat bersua kembali …..Bagaimana kawan-kawan hari ini?. Aku sihat Alhamdulillah, dan seperti biasa aku menjalani hidup sebagai seorang hamba Allah yang perlu tunduk dan patuhi semua arahan dan menjauhi larangan-Nya.mmmm…..apa kata sebelum aku cerita pasal hari ni, kita cakap sikit pasal hati. Bagi aku, hati adalah satu tempat yang mana berhimpun seribu satu perasaan,penyakit,kebaikan,keburukan dan macam-macam lagi. Hanya diri kita sendiri yang dapat mengenal pasti samada hati kita ni bersih ataupun kotor.mmm….sama-samalah kita koreksi diri kita, adakah hati kita bersih atau kotor bersalut dosa.Rasulullah bersabda, " Sekiranya ia bersih maka akan bersihlah seluruh jasad, dan sekiranya ia kotor maka akan kotorlah jasad seluruhnya, dan ia adalah hati".

mmm…Pagi ni, adalah pagi yang baik buat aku, kerana Allah masih mengizinkan untuk aku menghirup udara nyaman yang dikurniakan-Nya, Alhamdulilla. Pagi ni juga, Aisam bersiap –sedia untuk ke Sinai. Banyak juga pakaian yang dia bawa.Firstly, aku kesian tengok dia sebab dia tak berapa sihat.Hidungnya bersepah…poor Aisam!!!! Dan disamping tu aku doakan moga perjalanan dia selamat.Aku difahamkan dia kan panjat Gunung Sinai tu malam ni. InsyaAllah dalam pukul 1.00 pagi agaknya.mmmm…..tadi aku sempat cakap telefon dengan dia, dia sebenarnya risau, takut-takut semput dan tak dapat sampai ke atas.Aku rasa, dia akan sampai ke atas, jika berbekalkan kekuatan,ketabahan,kesungguhan dan penuh pengharapan.satu lagi jika bebekalkan air…hehehehe…Aku dah ada pengalaman memanjat Gunung Sinai.Penatnya tak dapat aku nak gambarkan.Seperti yang diduga, akulah orang terakhir yang sampai di puncak.Satu pengalaman yang takkan dapat aku lupakan sampai ke Akhir hayat nanti. Tak lupa aku sentiasa doakan moga Aisam selamat. Sincerely aku cakap, sunyi jugak kalau dia tak de kat rumah…hehehehe..

Hari ni aku tak ke Kuliah sebab madah hari ni semuanya yang telah diberi Muqorror dan madah fasa 2.mmmm…InsyaAllah esok akan pergi sebab esok ada madah yang belum habis diajar.Doakan moga aku diberikan kekuatan.Hari ni jugak aku tolong Brahim buat bahas dia,kesian tengok dia terkapai-kapai lagi.Aku pun bukannya pandai sangat, tapi takat nak ajar sikit-sikit tu boleh la…Lepas tu aku tengok cerita THE WILD.mmm…korang dah tengok? Best jugak, sinopsisnya Seekor singa menjalani satu episod perjalanan yan panjang untuk selamatkan anaknya.mmm…bentuk cerita ni ,animasi haiwan..seronok jugak, sekali-sekali dapat tengok. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal cerita tu, tengok la sendiri bila ada masa lapang.mmm…begitulah dapat kita lihat bagaimana pengorbanan seorang ayah untuk selamatkan anaknya…Kita pulak, nak hargai ayah pun susah…

Oklah, tak nak cerita panjang-panjang, nanti korang bosan..hehe..InsyaAllah esok aku posting lagi ya!!!

Kata Hikmah Hari Ini: " Merasa kagum dan bangga terhadap diri sendiri berlawanan dengan kebenaran dan sifat demikian merupakan penyakit hati " Saidina Ali KWH

Monday, December 10, 2007

Kekuatan jiwa dan Ketabahan hati

Assalamualaikum..

Kupanjatkan kesyukuran buat Tuhan Rabbul Izzati di atas nikmat Iman dan Islam, dan kudoakan moga kalian bahagia di bawah lembayung Rahmat Allah S.W.T. Aku seperti biasa sihat Alhamdulillah.

Cerita pasal hari ni. Macam biasa, Seusai solat subuh aku bersedia untuk berjogging.hmmmm...cerita pasal jogging ni, dah 3 hari tak jogging termasuk hari ni. Badan pun dah rasa berat semacam je....hehehehe...bukan apa, aku segan nak gerak man bri pagi2 buta tadi. tengok dia keletihan, dan aku rasa dia balik lewat semalam.mmm...tak jogging lagi la pagi tadi. mmmm....Jumpa Bri tadi, dia tanya nak jogging tak esok? aku jawab, ok insyaAllah jadi. Dia pun kata nak tidur awal dan janji untuk keluar jogging dengan aku esok. Moga Allah beri kekuatan kepada kami berdua untuk bangun awal pagi esok...

Hari ni aku pergi kuliah lagi. Tujuan pertama nak hantar bahas nusus dan yang kedua nak kutip Muqorror hehehe....Hari ni juga aku pecah rekod masuk semua kelas...Alhamdulillah.Pertama kelas Balaghah,Kedua Nusus Adabiah,ketiga Nahu dan keempat kelas Nusus Andalus. Alhamdulillah, doktor hari ni dah selesai mengajar dan bagi muqorror untuk madah nusus adabiah dan nusus andalus.mmm...nampaknya aku kena lebih tingkatkan fokus kepada menelaah pelajaran sebab exam dah dekat sangat. Dengar khabar daripada rodi, Kuliah Usuluddin dah keluar jadual imtihan. Diaorang akan mula pada 6 Januari 2008.Tak lama dah, dalam 3 minggu lagi. Moga Allah permudahkan. Kuliah hari ni habis pukul 3.00 petang. Berpinar-pinar mata aku dibuatnya.hmmmm....tu lah, sebelum ni malas pergi kuliah,hehehehe....Lepas habis kuliah aku terus balik.

Di rumah aku rasa letih sangat, lepas solat maghrib aku terus tidur sebab mata dah tak dapat menanggung keletihan yang aku alami.mmm....pukul 8.00 malam aku bangun tidur, tu pun aku rasa mengantuk lagi.Tapi aku gagahkan diri untuk bangun sebab banyak komitmen lain yang perlu aku tunaikan.

Hmmmm....Esok pagi aisam nak pergi Sinai bersama dengan orang MALTRADE kat sini. Nama dia Encik Izham. Beliau ni pernah bagi sponsor kat PMRAM masa buat Konsert dengan Hjjaz dulu. ingat tak? Diaorang ajak Aisam ni, sebab dia ni dah banyak kali pergi Sinai dan banyaklah pengalaman dan pengetahuan dia tentang tempat Nabi Allah Musa A.S. Aku doakan moga dia selamat pergi dan selamat pulang.

Oklah, aku pun tak nak tulis banyak2, takut korang boring. Esok pulak nak bangun awal.InsyaAllah esok aku posting lagi.

salam Manis...

Kata Hikmah Hari Ini: " Empat perkara yang sedikit, kekadangnya boleh menjadi banyak, iaitu : 1. Api 2. Permusuhan 3. Sakit 4. Kemiskinan " Saidina Ali KWH

Sunday, December 9, 2007

Jiwa yang tenang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Doaku semoga semua berada dalam keadaan yang baik.Aku sihat alhamdulillah, cuma kepenatan sikit sebab semalam tidur sejam dan sampai sekarang belum tidur lagi. lepas posting ni, aku nak terus tidur. InsyaAllah esok kan tiba dan menjanjikan seribu satu pengalaman baru.

mmmm.....aku mulakan perjalanan hari ini seawal jam 5.15 pagi. seusai solat subuh aku get ready untu berjogging.sambil tunggu manbri bangun, aku online sekejap. Kebetulan wan ishak online. Apalagi sembang sakanlah.mmm....rumah dia baru pasang strymix, lepas ni boleh la sembang selalu. Banyak benda jugak yang kami sembang, sampai terlupa nak keluar jogging, lagipun bri masih tidur, nak kejut dia bilik dia kunci pulak.Last sekali, tak jadilah jogging hari ni sebab hari dah tinggi..hehehe..cerita balik pasal wan, dia kata esok dia akan cuba pergi pejabat agama untuk cari sponsor untuk korban kat sini. manalah tahu kan kot-kot ada rezeki. Pastu aku cadangkan dia telefon Datin seri, dia kata dia dah hubungi tapi, apa yang Datin Seri kata " Wan telefon semula ya!! saya kat indonesia" hehehehe....lepas daripada tu, dia tak telefon dah.hehhehe.....lepas ni cuba lagi ya wan!!!

Hari ni jugak aku pergi kuliah, macam biasa naik van yang disediakan. Jiwa rasa tenang dapat ke kuliah dengan kawan-kawan,terasa bagai diri dijaga dan sentiasa diperhati. Betullah Kata nabi, malaikat akan melebarkan sayapnya kepada orang-orang yang menuntut ilmu.mmmm....moga-moga kita tergolong dalam golongan tersebut. Amiiin...Di kuliah, kelas yang pertama Dr. Syafiq pensyarahnya yang mengajar madah adab arabi. mendengar syarahan beliau, kadang-kadang aku tersengguk sebab tak cukup tidur.Kelas berlalu selama dua jam.lepas kelas aku terus menuju masjid Al-Ahar untuk menunggu masuk waktu zohor.Selesai solat aku terus balik.

Di rumah macam biasa, aku banyak buka buku untuk menelaah . Aku cuba untuk tidur seketika, tapi tak boleh sebab telefon asyik berdering,pintu asyik kena buka.macam-macam yang jadi, tapi aku cooooollll....mmmm....kawan-kawan kita kena layan, sebab dioranglah yang membuat aku rasa dihargai. Lain kali datang lah ramai-ramai bilik aku ya! hehehehe.....Malam tadi jugak aku banyak mengajar adik-adik, nahu dan sebagainya. Aku ni bukan pandai sangat mengajar tapi takat nak tunjuk sikit-sikit tu boleh la. Kepada adik-adik kalau tak faham benda yang aku terang, aku minta maaf lah ya...

Oklah, esok nak bangun awal lagi. Now time for rest...esok aku posting lagi InsyaAllah.

can cin cau...

Kata Hikmah Hari Ini: " Apabila engkau mendapat nikmat, hendaklah engkau meraikan kehadirannya dengan bersyukur ". Saidina Ali KWH

Saturday, December 8, 2007

Sahabat Umpama Jari...Hilangnya tiada Ganti

Assalamualaikum..

Firstly....sori sebab tersilap posting td. ni baru betul...hehehehehe...oklah aku mulakan hari ni dengan cerita pagi tadi.mmmm....pagi ni bangun lambat sikit sebab hari ni tak planning apa-apa.tepat pukul 9.30 pagi, aku dikejutkan dengan kedatangan ustaz latib. aku say " Hai " kat dia, lepas tu aku tidur semula.mmmmm....lebih kurang pukl 10 aku bangun balik.mmm...susah nak buang tabiat tido banyak ni..hehehehe...dalam hati tertanya-tanya mana ustaz latib? dah balik ka dia? owh....bersalahnya kat dia..tak layan dia...semalam aku pergi rumah dia. dia layan aku macam anak Raja...lepas tu dia siap ucap terima kasih kat aku sebab aku ziarah dia...dan dia kata lagi, tetamu tu kan membawa rahmat....terngiang-ngiang kata2 dia semalam.rasa bersalah sekali lagi menyelubungi aku.tiba-tiba, dengar suara dia cakap telefon....owh...dia ada lagi..Dia datang bilik aku dan kata ini dah kali kedua dia datang....baru boleh jumpa aku.ah..malunya bangun lambat. Menurut dia, ada ustazah telefon dia seawal jam 6.30pagi, minta nak guna projector untuk program teknik menjawab soalan HEWI PMRAM.pagi-pagi lagi dia pergi rumah Kelantan uruskan semua tu. rajin betul Ustaz Latib ni.Untuk pengetahuan semua Ustaz Latib ni adalah Pengarah PMC (PMRAM Multimedia Center). dia nilah yang urus semua bab-bab teknikal di peringkat PMRAM.Kalau nak guna Perkhidmatan teknikal boleh lah hubungi dia.Hidup uataz Latib!!!!!!!!!!!!! hehehe....

Kemudian aku sembang ngan bang syukur. Dia ni orang kampung aku. dalam sepuluh minit naik motor sampai lah rumah dia dari rumah aku.kami sembang pasal kawan-kawan di Malaysia.Especially Nazim. Kelmarin dulu dia dia ada hantar mesej. Dia kata ayah dia sakit dan dia minta tolong doakan.Moga-moga Allah sembuhkan ayah dia.Amiiin....Bang syukur cerita dia sempat sembang dengan bakal bapa mertua nazim.Puji-puji nazim depan bakal ayah mertua dia.Sebenarnya, dia malu sangat dengan nazim,sebab nazim ni memang budak baik.Sampai nak hisap rokok depan nazim pun segan .Fuuuuhhhhh...tabik la Nazim...Tapi kita semua memang tahu yang nazim ni memang budak yang tersangat baik....hehehe...Disebabkan dia ni anak yang soleh, bakal bapa mertua dia ni, tak kisah walaupun Nazim bukan keturunan sayyidin dan sayyidat...mmmm......Bagus lah tu.Banyak lagi cerita pasal Nazim, apa pun Selamat Pengantin Baru aku ucapkan buat Nazim yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 23 Disember ni.Moga semuanya berjalan lancar dan baik.

Lepas asar,aku sembang dengan Rafis. Dia cerita pasal kenduri kahwin abang dia. Pelamin dan bilik kahwin, dia yang hias.mmmm.....dia memang pakar dalam bidang tu. Sapa-sapa yang nak guna perkhidmatan dia boleh ja.hehehehe....Nanti aku nak kahwin panggil Rafis ja...save budget...hehehehe...Panggilan dekat seribu jugak sebab dua pasang.maksudnya dua orang la abang dia kahwin serentak. Dia kata dia pun nak melaram habis la, siap sterika dua pasang baju, warna biru dan kuning.Tapi pagi kenduri, dia bangun tidur terus kena buat kerja macam-macam, dan tak sempat la dia nak melaram pakai baju lawa.mmmmm....tak palah Rafis, nanti nta kahwin pakai la sepuluh pasang pun. Nanti ana sponsor satu pasang hehehe...Lepas tu kita pergi tangkap gambar kat merata-rata tempat,kebun kelapa sawit,sawah,dan penting sekali kat kebun getah mak ana.hehehehe....

Oklah,itulah cerita sahabat-sahabtku, kalau diorang tak dak mesti hidup aku sunyi. Thanks a lot sebab sudi jadi kawan-kawan aku.Sahabat umpama jari...hilangnya tiada ganti

Sampai sini shaja untuk hari ini, Esok aku posting lagi Insyaallah..

Kata Hikmah Untuk Hari ini:" Apabila engkau ingin mengambil seseorang lelaki sebagai sahabat, maka hendaklah kau memarahinya, sekiranya diamasih memberikan layanan yang baik ketika itu, maka bersahabatlah dengannya.Apabila berlaku sebaliknya maka tinggalkanlah dia.

Sahabat

Friday, December 7, 2007

Salamullahi 'alaikum Jami'an Warahmatullahi Wabarakatuh...

mmmmm.....bersua kembali!!! Hari ni hati rasa senang sebab baru lepas telefon Mak dan Abah serta keluarga di Malaysia. Terubat rasa rindu di hati. Kebetulan aku telefon, mak dan abah baru balik dari rumah mak ndak di Utan Kandis (UK).Esok kenduri kahwin dik jie disana.Semua sanak-saudara turun berkampung di rumah mak ndak. lepas telefon mak, aku telefon rumah mak ndak, dapatlah cakap dengan pengantin baru, dik jie.mmm...lepas tu aku cakap dengan mak lang,rasa sebak pun ada sebab mak lang baru kehilangan pak lang beberapa minggu yang lalu. Al-Fatihah buat Pak lang. aku juga sempat cakap dengan anak mak lang, sepupu aku yang paling rapat dengan pak lang.Umur dia kira-kira baru 7 tahun, kesian kat dia. aku suruh dia baca doa banyak-banyak dan baca al quran untuk ayah dia.Moga-moga Allah tempatkan pak lang bersama orang-orang soleh. amiin...

Oklah kita patah belakang sikit. Hari ni Awal-awal pagi aku keluar jogging dengan man bri seperti mana yang kami janji semalam.Fuuuuhhhh.....Peluh habis satu badan.rasa segar sikit badan hari ni. Kalau aku selalu amalkan agak-agak boleh kurus tak?hehehehehe...Idola aku Jabal,dulu orang kata dia besar, tapi dia jogging tiap-tiap hari dan badan badan dia sekarang boleh tahan la...doakan aku istiqomah ya!

Lepas balik jogging aku sempat buat nota madah Qa'ah Bahas, adalah dalam 4,5 helai.Pastu, aku tidur sebelum pergi solat Jumaat. Aku solat jumaat kat Masjid Noury Khattab hari. nak jadi rezeki, Khatib yang bertugas hari ni Dr. Umar Hashim. Beliau sntuh pasal Haji, maklumlah sekarang ni kan dah masuk musim haji. Kita doakan Para Hujjah mendapat Haji yang mabrur. Amiin..

Oklah rasanya itu sahaja yang dapat aku coret untuk hari ni. kalau ada kesempatan esok aku posting lagi ya.

kata Hikmah hari ini: Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih..

Thursday, December 6, 2007

Motivasi Diri

Assalamualaikum

Bagaimana situasi kawan kawan sekalian hari ni? Aku sejuk sangat ni.....mmmmm tapi hari ni adalah hari yang aku rasa diri dimotivasi.

Kalau ikut perancangan kelmarin, aku dan Mon akan ke Maktab tansiq untuk buat urusan kesalahan ejaan nama ayah mon dalam syahadah muaqatah dia. untuk pengetahuan semua, mon dah habis belajar kat Al Azhar. Dia buat dua tahun terus menerus tanpa sangkut. Tahniah buat mon dan jangan lupa pula doa untuk kami yang tak habis lagi ni. Tapi tak jadi pergi, sebab terlajak tidur, lagipun mon tak jadi buat urusan tu sebab kesalahan nama tu sikit ja. Satu lagi, kalau ikut perancangan pagi ni nak keluar jogging dengan man bri, tapi tu la.......terlajak tidur....hahahah....sori ya bri....esok insyaAllah kita keluar jogging. Bri ni adik junior aku. hari tu dia balik Malaysia, datang balik sini lepas raya. badan dia naik banyak kilo jugak, tu yang dia ajak abang dia ni pergi jogging...hehehehe....abang dia ni boleh tahan jugak besar badannya.

Hari ni jugak aku habiskan banyak masa menelaah buku-buku kuliah. maklumlah exam is around the corner. Buku-buku banyak lagi yang tak sentuh. ya Allah berilah aku kekuatan untuk habiskan membaca buku......Amiin...mmmmm....hari ni jugak, lepas isyak tadi, Unit pendidikan ada buat ceramah motivasi yang disampaikan oleh ustaz Juzaili.mmmm....Ustaz Juzaili ni dah habis belajar jugak, dan sekarang ni dia tengah tunggu natijah peperiksaan untuk taqdim master. Kita doakan moga Ustaz Juzaili berjaya...Amiin...Masa motivasi tadi, banyak pengalaman yang diceritakan oleh beliau.mmmm...kiranya dia ni best student Usuluddin tahun lepas.Masa Konvokesyen hari tu dia naik pentas la untuk terima Anugerah Mahasiswa Cemerlang Fakulti Usuluddin. Harap-harap tu aku bolehlah ikut jejak langkah ustaz Juzaili dua tahun lagi.insyaAllah.....

Malam pulak, sempat jugak aku selak-selak dua,tiga helai muka surat muqarrar., dan malam ni aku plan nak tidur awal. Esok pagi boleh buat sujud sejadah secara jamaah. Oklah ya, lain kali aku posting lagi. doakan aku boleh bangun awal esok pagi ya!!!!

can cin cau......

Kata Hikmah Hari Ini: " Cabutlah kejahatan daripada dada (hati) orang lain dengan cara menanggalkan kejahatan daripada dadamu terlebih dahulu " Saiduna Ali KWH

Bagaikan Burung terbang bebas


Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan? aku sihat walafiat.Hari ni adalah hari yang banyak benda yang aku lakukan.Firstly awal-awal pagi aku dah bangun dan bersiap ke kuliah. aku ke kuliah hari ni naik van yang disediakan unit pendidikan KPP. Penyediaan van ni sedikit sebanyak memberi rangsangan untuk sahabat-sahabat di Rumah Perlis untuk rajin ke kuliah.mmmm....terima kasih banyak2 kepada ustaz Rosman sebab banyak tolong kami dan gerak kami pagi-pagi ya!!!.

Di kuliah aku masuk kelas yang pertama madah Qiraat dan Lahjaat. Korang tau ke apa tu? mmmm....aku nak cerita kat sini pun rasa macam akan ambil masa yang panjang. Nanti-nanti lah aku cerita ya.

Balik dari kuliah aku terus bergelumang dengan kertas-kertas bahas yang aku kena tulis. Lenguh jari-jemari aku menulis. nak menaip ni pun rasa malas dah. Untuk pengetahuan semua, aku baru selesai menulis bahas tepat jam 12.00 tengah malm. fuhhhhh....penat betul. harap2 dapat bagi markah tambahan untuk madah nusus yang killer tu.mmmmm.....dah lepas satu tugasan. Ada satu lagi bahas nak kena buat. Tentang uslub balaghah yang ada dalam al quran. bahas tu aku akan cuba mula esok. Sekarang ni dah mengantuk ni. nanti lah aku posting lagi ya!

Kata hikmah hari ini: " Takutlah kamu daripada melakukan maksiat pada makhluk Allah SWT kerana sesungguhnya yang menyaksikan perbuatan tersebut adalah hakimnya " Saiduna Ali KWH..

Wednesday, December 5, 2007

Madah Nusus yang Killer

Assalamualaikum..

Sebelum memulakan bicara, kulayarkan sekalung ucapan takziah buat sahabatku Ustaz Rasul yang ibunya baru pulang ke Rahmatullah 2 November yang lalu.Al-Fatihah.

mmmmm......hari ni berlalu dengan tenang dan lancar.Pagi ni aku kantoi lagi, sebab tak pergi kuliah.mmm...esok insyaAllah aku pergi.Ya Allah berilah aku seribu kekuatan....Hari ni aisam ajak aku pergi HSBC ambik duit.mmmmmmm......kayalah dia sekarang ni.Bolehla belanja makan lagi.

Hari ni jugak aku banyak membuka buku. ( dah insaf sikit )...Malam pulak, bincang dengan Abdul Hadi isi-isi untuk buat bahas madah nusus.Untuk pengetahuan semua, madah nusus ni adalah madah yang killer bagi aku....tahun satu punya, 2 kali bawak. tahun dua punya pun kena bawak lagi tahun ni.hehehehe.....padan muka kau, siapa suruh malas????..Tapi memang susah gila....Perlu kepada khayalan dan menjiwai apa yang nak dimaksudkan oleh si penyair...mmmmm...Tapi aku bulatkan tekad sebulat badanku hehehe...untuk cuba bagi lulus yang tahun 3 ni punya. Thanks a lot kepada Hadie sebab bantu aku buat bahas ni.

Malam ni adik dari Tanta balik Kaherah..terkejut jugak nampak dia tadi. malu pun ada jugak, sebab selalu kacau dia melalui telefon dan Friendster. Sihat bro? mish ya Brabishhhh

oklah. setakat tu ja kot untuk hari ni.Esok aku posting lagi insyaAllah, dan maaf sebab lewat posting....

Kata hikmah hari ini: Seseorang hamba itu begitu jauh dari Allah SWT apabila ia mementingkan perut dan tuntutan nafsunya

Monday, December 3, 2007

Hari yang menyenangkan

Apa khabar semua? Aku ok je. Hari ni tiada perkara-perkara menarik yang berlaku . Cuma aku merasa sedikit lega apabila mendengar penjelasan daripada Pak Cik Ramadhan tentang bil air Rumah Perlis yang menjadi sedikit kontrovesi dua tiga hari ni. Menurut dia….yang sebenarnya, syarikat air tu tak percaya dengan orang –orang melayu. Mereka takut kalau-kalau kita ni menipu. Jadi, sekarang ni pak cik Ramadhan lah yang menjadi Hero dalam kes ni. Dia dengan bersungguh-sungguh memberi penjelasan kepada syarikat air tu bahawa, Rumah kami ni bukan didiami oleh orang-orang safarah, tapi pelajar-pelajar yang menuntut ilmu di sini.mmmmmm…….Pada mulanya , Orang syarikat air tu mempertikai siapakah gerangan pak cik Ramadhan yang berlagak membela mereka ini? Mmmm….dengan ketegasan dan kegagahan yang ada pada diri pak cik Ramadhan, dia menjelaskan bahawa dia bekerja di Rumah tersebut dan mengetahui segala hal yang berlaku. Tabik spring untuk Pak cik Ramadhan. Kemudian Pak cik Ramadhan yang bersama sang Pegawai di Ramsis, diberikan satu surat untuk diisi dan diarahkan untuk dibawa ke Hayyu sadis untuk urusan Penukaran nama daripada safarah ke Baitu Tholabah.mmmm….selesai kerja.

Hari ni jugak, aku membuka buku-buku kuliah yang aku tak sentuh langsung lagi. Berdebar jugak rasa hati sebab dah dekat nak imtihan ni. Tapi aku rasa diri aku ni masih teruk lagi. Solatnya,zikirnya,Qurannya,bukunya,muamalatnya,…..mmmmmm aku kadang-kadang buntu. Tapi kalau aku terus buntu apa akan terjadi? Mulai saat ini akau akan cuba mengubah sikap diri kepada yang lebih baik. Sasaran aku, mesti najah tahun ni. Dah tak tahan dah….

Oklah, itu saja kot untuk hari ni. Insya Allah esok aku posting lagi.

Kata Hikmah hari ini: " orang yang paling jauh bermusafir ialah mereka yang sedang mencari seorang sahabat yang disukainya ". Saidina Ali K.W.H.

Sunday, December 2, 2007

Hari yang memenatkan

Sudah lama aku meninggalkan bidang penulisan ini.Rasa macam dah tumpul sangat.Tapi aku harapkan doa semua untuk aku terus mencuba untuk menulis.

Hari ini adalah hari yang boleh dikatakan memenatkan bagi aku.Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan bersiap untuk ke syarikat air di Ramsis bersama Aisam,Sang Pegawai dan Pakcik Ramadhan (Nasrul).mmmm….buat apa lagi? Nak selesaikan masalah bil air yang melambung tinggi di Rumah Perlis ni.Nak tau berapa? LE15663.26…..Fuhhhh….Banyak tu kan? Bil ni tertunggak dari bulan Oktober tahun lepas.Air sungai Nil tu punyalah melimpah –ruah tapi mahalnya nak kena bayar.Seingat aku masa di Raudhah dulu tak pernah kena bayar air.Tapi mungkin bangunan ni di bawah safarah Malaysia,terpaksalah berhadapan dengan karenah birokrasi ni.Aku harap urusan ni akan selesai esok setelah orang pejabat air tu datang sini dan mengesahkan yang bangunan ni adalah rumah pelajar.mmmmmmmm……..Tapi lepas tu nak kena bayar jugalah bil yang lama-lama tu dengan kadar yang telah dikurangkan.

Lepas balik dari Ramsis aku terus tidur sampai asar .Lepas tu sambung tidur lagi sampai maghrib.mmmm….aku tak pasti apa yang memenatkan aku hari ni.Tapi yang pasti aku dah puas tidur.Baru sebentar tadi aku terima dua orang tetamu daripada teman-teman Indonesia.Banyak yang kami bualkan.mmmm…..Bagus betul mereka tu , selalu datang ziarah ke sini dan aku difahamkan ziarah ni dah menjadi rutin atau aktiviti mingguan mereka.Rasulullah kata,tetamu itu datang membawa rahmat.selepas mereka pulang, dada aku rasa lapang dan hati rasa tenang.Terima kasih Adin dan Rizki..nanti datang lagi ya!!!

Oklah nanti aku posting lagi esok.InsyaAllah doakan ya!!!

Kata Hikmah Hari ini: “ orang yang paling bakhil dalam urusan hartanya ialah mereka yang terlalu pemurah dalam menggadaikan maruahnya” Saidina Ali K.W.H

Saturday, December 1, 2007

Bermulanya satu episod baru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.....

1 Disember 2007 bermulanya satu episod baru dalam hidupku.Aku mencuba sesuatu yang ramai orang lain telah lama memulakannya.Aku mencuba untuk memiliki blog aku aku sendiri.Selama ini hanya membaca dan menelek blog orang lain.Tapi hari ini aku cuba membuat sendiri.Entahlah akan menjadi ataupun tidak. Diharapkan semua dapat doakan ya.