CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, April 30, 2008

Hati seorang abah.....

Hati Seorang Abah

Hatinya keras bak batu di gunung

Tapi…

Kekadang lembut bak sutera cina

Sukar ditebak sukar diteka

Tegas, tak mudah tergugat…..


Abah..

Terima kasih sebab mendidikku

Impian abah..

Melihatku di pentas khutbah

Memberi inzar kepada manusia…


Buat abah…

Tuhan kurniakan semua itu,

Bersinar wajahmu

Tatkala ku berdiri di hadapan ribuan.

Ku dipeluk erat…tanda hati sudah puas..

Anak ditatang bak minyak yang penuh

Jadi tatapan ummat manusia…


Bagiku..

Itu semua untuk abah..

Walaupun kau tegas dalam berbicara

Namun semuanya masuk dijiwa

Menjadikan aku terus tabah dan tegar


Abah..

Dikesempatan ini

Terimalah kasih daripadaku untukmu

Kudoakan moga kau bahagia dan sejahtera

Hanya tuhan mampu membalas segala jasamu..

Dan Ketahuilah..

Sesungguhnya Aku terlalu sayang padamu…


Hayyu Sabiek

11.56 malam

29 Mei 2008

Tuesday, April 29, 2008

Gaduh....Anda suka?

Kawan-kawan pernah bergaduh tak? Aku kalau nak dihitung, dah banyak kali dah bergaduh. Seperti biasa, lepas bergaduh aku tak cakap la dua tiga hari dengan orang yang aku gaduh tu. Mmmm......sebenarnya tak best sangat kalau kita gaduh kan? buat benda apa pun serba tak kena. Baru baru ni ada jugak sorang kawan ni nak cari gaduh dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa, tapi mungkin la ada tindak tanduk aku yang dia tak puas hati. Mula-mula, tengok muka aku pun dia tak hadap. aku duduk depan dia, terus dia bangun. Sebelum aku jumpa dia malam tu, aku macam ada rasa2 yang dia berperangai pelik.Mmmmm.....aku tak nak keruhkan keadaan, terus aku cabut masuk dalam bilik. Tengok2 malam tu dia online. Aku tegur dia, saja nak tengok, ada respon ke tak? Rupa-rupanya ada respon. Aku pun korek, punya korek, akhirnya dia bagi tahu la apa sebabnya.....mmm.....ada la sikit salah aku.hehehe.....tapi yang pelik, ini kali pertama aku gaduh ngan orang, satu hari dah boleh baik.hehehe.....mesti korang ingat aku ni kuat gaduh. Ada la sikit-sikit.

Oklah, cerita sikit pasal hidup, Hari ni aku dah masuk juzuk 6 baca Al-Quran dengan syiekh. Walaupun berpinar-pinar mata aku baca Al-Quran tapi aku dapat rasakan satu kepuasan sebab dapat bertalaqi dengan guru. mmm......satu lagi Jadual imtihan belum keluar...tension giler....yang baru keluar takhalluf dan Syafawi. Tanggal 10 dan 14 Mei 2008. Oklah doakan aku ya....I LOVE U ALL....Adios Amigos....

Hati dan Perasaan.....tenteram vs berkecamuk..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Haaa…apa habaq kawan-kawan semua? Aku sihat Alhamdulillah….Kawan-kawan semua macam mana? Aku harap semua senantiasa dalam keadaan ceria dan gembira. Susah jugak nak masuk ke dalam blog ni tadi, banyak sangat sawang yang terpaksa aku buang sebelum menembusinya. Hehe….maknanya lama la tak update blog ni. Pertama sekali sebab sibuk sangat bertungkus lumus nak menghadapi exam yang dah dekat, Kemudian disulam dengan kerja-kerja di Restoran Putra yang agak baru mula nak menapak.Tapi aku sentiasa berdoa moga-moga Allah memberkati setiap usahaku.

Oklah, Hari aku nak ajak kawan-kawan semua bercerita sikit tentang hati dan perasaan. Mmm… macam pelik pulak tajuk hari ni..Hai adakah aku dah dilamun *****. Haha….takut jugak kalau suatu hari nanti dilanda benda ni. Tapi aku perlu sedikit bersedia menghadapi semua benda ini. Ok, tapi hari ni aku nak cerita tentang hati dan perasaan secara umum. Sebenarnya hati dan perasaan ni mempunyai satu ikatan yang kuat yang kadang-kadang sukar dan payah untuk kita tafsirkan. Hati kadang-kadang berkecamuk dek kerana perasaan yang tak terarah. Satu contoh , Hati terasa sedih sebab sahabat yang disayangi buat tak peduli. Perasaan pada waktu itu bercampur-baur sebab hati tak terarah…Ahh…susah nak cerita, sebab hati dah perasaan ni akan terkawal seandainya kita pandai menguruskannya. Tapi masalah aku sekarang ni, perasaan ni macam-macam. Mungkin juga silap aku kot. Teringat pesan tok guru. Katanya badan dan seluruh anggota perlu dijaga sebab ianya kurniaan Allah yang tiada ternilai. Semua itu perlu dijaga dengan memberi makan yang cukup untuk memastikan ianya sentiasa sihat dan segar. Namu Hati juga perlu dijaga.Dengan apa? Dengan Zikrullah. Bila mendengar kembali kata-kata ini…hati dan perasaan jadi terurus dan aku harap benda ni akan berterusan dan aku tak mahu hati yang berkecamuk sebab nanti jadi tak selesa.

Oklah cerita sikit pasal hidup,. Aku sekarang ni daftar masuk Maahad IQRA' untuk belajar mengaji secara bersanad. Seronok rasanya, dapat belajar depan Syiekh dan mengetahui yang selama ni aku baca Al-Quran silap. Kata Syiekh silap banyak lagi pahala banyak..aku jugak sedang mempersiapakan diri untuk menghadapi imtihan yang tak lama lagi. Paling tension, aku tak tahu lagi bila periksa, sebab jadual tak keluar lagi. Tapi esok aku akan pergi tengok, dan harap-harap ada.Buat akhirnya aku nak ucap terima kasih kepada semua dan ketahuilah kamu semua amat istimewa di hati aku, dan terima kasih juga kepada mereka-meraka yang pernah menjdikan aku istimewa di hati mereka.Adios….

Monday, April 21, 2008

Nukilan buat ibu....

Terima Kasih Ibu…

Kau tak menduga..

Diriku yang bakal kau tatang..

Kuberatkan dirimu yang suci…

Menumpang disegenap rahimmu..

Sehingga kurasa tenang dan dilindungi…

Setelah tiba waktunya…

Kau tersenyum melihatku…

Putih,Gebu,suci tanpa dosa…

Kau belaiku, kau Pelukku, kau kucup ubunku…

Namun, tika itu aku masih belum mengerti…

Itu semua sebelum ku mengenal dunia…

Kini aku lupa semua jasamu…

Aku ingkari nasihatmu…

Aku tinggi suara padamu…

Ya Allah, menggunung tinggi dosaku pada ibu…

Di kesempatan yang masih berbaki…

Ku pohon padamu ibu…

Ampunilah segala dosaku…

Sesungguhnya dirimu tiada ganti…

Sesungguhnya dirimu terlalu bernilai…

Buat akhirnya ibu…

Terima kasih di atas setiap titisan susumu…

Terima kasih di atas suapanmu dulu…

Terima kasih di atas segala nasihatmu…

Terima kasih di atas doamu ibuku…

Ketahuilah, sesungguhnya aku amat menyayangimu….

Friday, April 18, 2008

Kekayaan Jiwa.....


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Haaa…..Apa habaq Kawan-kawan semua? Aku sihat Alhamdulillah.Maaf la sebaba lama tak masuk update blog ni. Nak masuk tadi pun, jenuh dok buang sesawang yang manghalang laluan. Sebelum kita bermula, aku nak ucap banyak-banyak terima kasih kepada semua orang yang pernah menganggap aku ni istimewa di hati dia, dan ketahuilah sesungguhnya anda semua amat istimewa di hati aku.

Oklah, hari ni aku nak ajak kengkawan semua sembang pasal "KAYA".Hmmm…….Siapa yang tak nak kaya? Betul tak? Aku pun pernah berangan-angan nak jadi orang kaya. Kata orang, kenyataan tu akan timbul selepas dah berangan-angan. Kiranya macam mengatur stategi la dulu. Mmm….Cakap pasal kaya ni, banyak pengertian yang boleh dibuat. Ada yang kaya harta,ada yang kaya anak, ada yang kaya-budi bahasa dan ada juga yang kaya senyuman. Hehe…ada seorang kawan aku tu, dia ni sikit dosanya dan kaya pahalanya,Sikit jeleknya kaya hensemnya…Jangan perasan ya!!! Tapi kalau korang jumpa dengan dia ni, dia memang seorang yang kaya jiwanya.Siapa dia? Biarlah rahsia. Mmm….Kalau nak cakap tentang orang yang paling kaya, sudah tentunya kita jadikan Rasul Al-Amin sebagai Qudwah Hasanah yang tiada tolok bandingnya. Paling aku kagumi, kaya budi pekerti baginda. Contoh yang paling agung, tatkala Bapa saudara baginda Abu talib dipanggil tuhan. Baginda tetap di sisi, menonjolkan sifat kasih dan sayang walaupun berbeza pegangan., sehingga sanggup menyarungkan jubahnya yang indah ke badan bapa saudaranya demi meringankan bebanan azab tuhan. Satu lagi kisah indah, tatkala baginda menyampaikan dakwah di bumi Taif. Diherdik,dihina,dicaci dan sebagainya, tetapi baginda tetap bersabar. Diutus Allah Malaikat untuk membantu baginda dengan menghumbankan gunung ke atas penduduk taif, tetapi baginda menolak dan terus tersenyum dan bersabar di atas dugaan. Oowh…indah dan kayanya akhlak nabi…Ya Allah Jadikanlah aku setabah dan sekuat baginda ya Rabbi…..Oklah, tu kaya budi pekerti. Kita cerita pulak pasal kaya harta. Ada yang kaya dan pemurah dan ada pula yang kaya tapi….kedekutnya alahai, mangalahkan Haji Bakhil .Kawan-kawanku, kalau kita ada harta lebih sikit, bahagi-bahagilah kepada yang memerlukan. Barulah kekayaan itu berkat dengan dihiasi sifat pemurah. Mmmm….banyak pula celoteh. Aku ni harta tak banyak, budi pekerti pun macam hampeh lagi…tapi aku sentiasa berdoa, seandainya tak diberi kekayaan harta cukuplah sekadar diberi kekayaan hati dan jiwa…hehe..

Oklah, sejak kebelakangan ni, aku sibuk tak tentu hala. Buku pun tak habis baca lagi. Kerja bertimbun-timbun. Tapi mujurlah ada kawan-kawan banyak tolong. Tapi yang paling puas hati, aku dah dapat selesaikan masalah Arau Café' yang sekian lama merundung hati dan otak aku. Ffuuuhhh…..lega rasanya. Kepada semua yang membantu, terima kasih banyak-banyak. Andalah kekuatan saya. Buat akhir, ketahuilah sesungguhnya anda semua terlalu istimewa di hati saya. Terima kasih buat yang pernah menjadikan aku istimewa di hati kalian. Muchas Gracias…..

Sunday, April 6, 2008

Sunyi itu sepi....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar kawan-kawan semua? Aku sihat Alhamdulillah. Aku pun harap semua berada dalam kesihatan yang baik hendaknya serta dibelai kasih-sayang Allah s.w.t. Aku juga bersyukur di atas nikmat paling besar yang aku kecapi hingga sekarang, iman dan Islam.

Kesepian dan kesunyian itu kekadang menghantui diri kita. Mungkin banyak sebab yang membuatkan kita berasa sunyi dan sepi. Kalau yang paling tragis, kerna kehilangan insan yang paling kita sayangi. Melihat fenomena dan sunnatullah, kematian pasti menjengah apabila sampainya ajal seseorang itu. Terpampang di hadapan mata akan kesunyian dan kesepian sekiranya yang pergi adalah yang kita paling sayangi. Contoh besar paling agung, Perginya utusan Sang khaliq ke muka bumi, Muhammad S.A.W. Perginya baginda membawa kesunyian kepada kaum kerabat baginda dan para sahabat yang senantiasa berdamping membawa Islam yang suci. Namun, itu semua dihadapi dengan tabah kerana yang disembah pastinya hidup selamanya tanpa mati. Yang Mati hanyalah utusan-Nya yang membawa rahmat ke seluruh alam. Adakah anda pernah melalui kesunyian dan kesepian? Rawatlah ia dengan membaca Al-Quran dan berzikir kepada Allah, kerana semua itu akan membawa kepada ketengan jiwa dan menghiburkan hati yang sunyi sepi. Namun mampukah kita insan yang kerdil ini menjadikan Al-quran sebagai hiburan hati? Kita sering dilalaikan dengan lagu-lagu yang kita rasakan mampu mengubat hati yang sunyi. Itulah silap kita.Sepatutnya Ayat-ayat cinta ilahi yang perlu kita pugarkan dalam hati –sanubari kita yang sunyi sepi itu. Sebenarnya aku tengah rasa macam sunyi sikit malam ni. Tapi ada kawan yang sentiasa menghiburkan hati aku, dan aku sentiasa inginkan senyum di bibirnya terus terukir dan tidak kan lekang.

Fuuhh…tak tahulah nak cerita apa hari ni, banyak berangan je. Hehe….Cuma hari ni kawan-kawan pergi majlis ucapan dasar Presiden PMRAM di Dewan Solah Kamil Hayyu Sadis. Lepas tu malam tadi Dialog Perdana PMRAM di Dataran Hayyu Asyir. Aku tak pergi, sebab rasa macam nak demam sikit. Tapi apa pun terima kasih kepada yang pernah menjadi istimewa buat aku dan pernah jadi istimewa buat diri anda. Kasih-sayang yang diberikan akan kuhargai buat selamanya…

Tuesday, April 1, 2008

Segenggam tabah.......


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar kawan-kawan semua? Aku sihat Alhamdulillah. Aku harap semua sihat-sihat belaka di samping orang yang tersayang. Aku juga bersyukur di atas nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada aku, dan aku harap nikmat ini dapat dikecapi hingga ke akhir nanti.Amiin…

Pejam-celik, pejam-celik kita dah memasuki bulan keempat bagi tahun 2008. Pastinya kita sudah melalui pelbagai perkara yang mungkin bahagia dan mungkin menyedihkan kita. Namun, semua itu adalah segenggam tabah yang perlu kita pertahankan. Ketabahan merupakan suatu kekuatan jiwa yang perlu kita pahat kukuh di dalam hati sanubari. Aku akui sekiranya ketabahan dalam diri aku dah hilang, pastinya aku bukan diriku yang sekarang. Ketabahan adalah suatu perkara yang perlu ada bagi memastikan harapan dan keinginan kita dapat dicapai. Bagi seorang pejuang, Ketabahan begitu penting untuk dipertahankan bagi menjayakan misi agama dicapai dengan murni.Sekiranya dibiarkan tanpa terarah pastinya dunia akan porak-peranda dan kucar-kacir. Itu cerita orang berjuang. Aku nak ajak semua hayati ketabahan seorang ibu melahir,membesar,menjaga dan mendidik anak-anaknya. Sekiranya si ibu tiada ketabahan di dalam jiwa, pastinya dibiarkan anak-anak merempat tanpa belaian kasih-sayang. Ketabahan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ianya hanya dapat dibalas oleh seorang anak yang benar-benar soleh dan bertaqwa kepada Allah. Kalau kita nak teruskan bincang tentang ketabahan ni, pastinya tiada noktah penghujung. Aku bersyukur sebab Allah kurniakan sedikit katabahan kepada aku. Aku sentiasa berdoa moga Allah kekalkan ketabahan ini demi memastikan ummah dapat membangun dengan cemerlang. Arrgghhh…aku tak tahu kenapa perasaan aku berkecamuk malam ni. Sukar nak digambarkan. Nak menitis air mata pun ada. Ya Allah bantulah hambamu ini.

Oklah, dua tiga hari ni aku sibuk sikit menguruskan daus yang baru selesai bedah. segala makan,minun dan ubat aku yang uruskan. Terima kasih kat daus sebab bagi aku pengalaman ini dan mengajar aku erti segenggam tabah.