CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, April 1, 2008

Segenggam tabah.......


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa khabar kawan-kawan semua? Aku sihat Alhamdulillah. Aku harap semua sihat-sihat belaka di samping orang yang tersayang. Aku juga bersyukur di atas nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada aku, dan aku harap nikmat ini dapat dikecapi hingga ke akhir nanti.Amiin…

Pejam-celik, pejam-celik kita dah memasuki bulan keempat bagi tahun 2008. Pastinya kita sudah melalui pelbagai perkara yang mungkin bahagia dan mungkin menyedihkan kita. Namun, semua itu adalah segenggam tabah yang perlu kita pertahankan. Ketabahan merupakan suatu kekuatan jiwa yang perlu kita pahat kukuh di dalam hati sanubari. Aku akui sekiranya ketabahan dalam diri aku dah hilang, pastinya aku bukan diriku yang sekarang. Ketabahan adalah suatu perkara yang perlu ada bagi memastikan harapan dan keinginan kita dapat dicapai. Bagi seorang pejuang, Ketabahan begitu penting untuk dipertahankan bagi menjayakan misi agama dicapai dengan murni.Sekiranya dibiarkan tanpa terarah pastinya dunia akan porak-peranda dan kucar-kacir. Itu cerita orang berjuang. Aku nak ajak semua hayati ketabahan seorang ibu melahir,membesar,menjaga dan mendidik anak-anaknya. Sekiranya si ibu tiada ketabahan di dalam jiwa, pastinya dibiarkan anak-anak merempat tanpa belaian kasih-sayang. Ketabahan seorang ibu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ianya hanya dapat dibalas oleh seorang anak yang benar-benar soleh dan bertaqwa kepada Allah. Kalau kita nak teruskan bincang tentang ketabahan ni, pastinya tiada noktah penghujung. Aku bersyukur sebab Allah kurniakan sedikit katabahan kepada aku. Aku sentiasa berdoa moga Allah kekalkan ketabahan ini demi memastikan ummah dapat membangun dengan cemerlang. Arrgghhh…aku tak tahu kenapa perasaan aku berkecamuk malam ni. Sukar nak digambarkan. Nak menitis air mata pun ada. Ya Allah bantulah hambamu ini.

Oklah, dua tiga hari ni aku sibuk sikit menguruskan daus yang baru selesai bedah. segala makan,minun dan ubat aku yang uruskan. Terima kasih kat daus sebab bagi aku pengalaman ini dan mengajar aku erti segenggam tabah.

0 comments: