CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, March 28, 2008

Kebersamaan itu indah.......


Assalamualaikum W.B.T

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian? Aku sihat Alhamdulillah. Aku berdoa semoga nikmat kesihatan ini dapat aku kecapi hingga ke akhir nanti.

Aku nak mengajak semua untuk kita sama-sama menghirup bauan dan wangian Al-Amin Muhammad S.A.W, yang mana kita masih lagi berada di Bulan Rabiul Awwal. Sesaungguhnya pada bulan mulia ini telah lahir seorang makhluk yang paling agung ke muka bumi. Tanggal 12 Rabiul Awwal telah menyaksikan runtuhnya istana Kisra yang tersergam indah, seterusnya terpadam api biara majusi yang telah bertahun-tahun menyala membakar suasana. Pada tanggal itu juga lahirnya seorang bayi Mulia yang dikurniakan kepada pasangan Aminah dan Abdullah. Kelahirannya bagai membongkar rahsia Allah selama ini. Lahirnya utusan terakhir yang telah termaktub di dalam sebuah kitab si Pendeta. Insan Agung ini digelar Kekasih Allah pembawa risalah Agung yang menyuluh manusia ke jalan yang benar. Titik peluh baginda masih dirasai sehingga saat ini. Namun ramai yang tidak mempedulikannya. Lantas jadilah mereka manusia yang pekak,buta dan bisu dengan apa yang telah diwariskan oleh Sang Rasul tercinta. Haruman Al-Amin ini dapat kita hirup dan rasai hingga ke saat ini. Manakan tidak, tanpa penat dan lelah manusia mulia ini, kita takkan dapat menikmati keindahan dan keharmonian hidup di dalam Islam. Jadi, kitalah pewaris baginda yang perlu membawa risalah islami ini untuk dipupuk dan dicernakan secara total ke dalam masyarakat umumnya demi menegakkan kalimah suci LAILAHAILLAH…

Oklah hari ni aku cerita sikit pasal Jaulah AJKT yang baru kami laksanakan beberapa hari yang lalu. Pengembaraan bermula jam 5.30 ptg dengan menaiki bas ekspress dari Ramsis menuju ke Dumyat. Turut bersama kami tiga orang sahabat dari Dumyat, fahmi,Amin dan Nasruldeen.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 1/2 jam.Aku difahamkan sepatutnya masa yang akan diambil paling lama 3 1/2 jam. Tetapi mungkin pengamalan disiplin di Jalanraya memberikan sedikit impak kepada kelewatan kami sampai di Dumyat. Setiba di Dumyat kami mengadakan sedikit majlis ringkas bersama ahli. Setelah itu makan bersama-sama dan masuk tidur. Hari kedua merupakan hari yang paling mencabar. Kami bertolak ke Iskandariah pada jam 12.00 tengah hari menaiki van yang ditempah khas untuk menuju ke Iskandariah. Perjalanan ke Iskandariah kurang lebih 2 1/2 jam. Sesampai di Iskandariah kami terus mengadakan majlis bersama ahli di sana. Kemudian makan bersama-sama. Hari tu, akhawat masak sedap sangat. Ikan gorang, cabai palit, sayur gargir dan yang paling best masak lemak labu. Fuhhh….makan sampai tambah. Melambunglah ustazah-ustazah tu bila dipuji…..hehehe…lawak je ya usatazah. Oklah setakat ini dulu aku coretkan. Esok aku akan cuba posting lagi seandainya ada kesempatan. Semasa mengarang ni aku di Wad Hospital Raba'ah , menjaga adik firdaus yang baru lepas melalui satu pembedahan siang tadi. Moga-moga Allah sembuhkan beliau secepat mungkin kerana aku tak sanggup tengok dia sakit, dan aku rindukan senyumannya yang manis lagi cute tu…hehehe….cute la sangat…..oklah sekadar ini dahulu ya. Dokan aku dan kesihatan Firdaus ya.

0 comments: