CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, March 15, 2008

Bersendirian mengundang murung.....Cara mengatasinya?


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa Khabar sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian? Aku sihat Alhamdulillah. Aku juga mengharapkan semua berada dalam keadaan yang baik di bawah rahmat kasih-sayang Allah.

Hari ni aku nak ajak semua sembang-sembang sikit tentang sifat bersendirian atau pun kemurungan. Kadang-kadang kita memerlukan sedikit sifat bersendirian di kala hati dan fikiran kita berkecamuk. Sudah lama aku memerhatikan dan merasai perasaan ini. Di saat aku menghadapi saat getir untuk menghadapi apa jua masalah, yang kecil mahupun yang besar. Bagi aku duduk secara bersendiriran dapat mmemberikan sedikit ruang dan kesempatan untuk otak dan akal kita berehat seketika.Di samping itu, kita dapat mencari satu momentum untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan seterusnya dapat dicerna untuk menghadapi apa jua keadaan dengan tenang dan rasional. Tetapi ada juga keburukan yang terselindung di sebalik sifat bersendirian. Salah satunya, ia akan menyebabkan kemurungan dan kurangnya keyakinan diri. Seandainya diperhatikan , orang yang suka bersendirian ini tidak banyak bercakap dan sekaligus sifat ini akan menimbulkan sedikit kerisauan kepada orang lain. Bercakap tentang bersendirian ini juga, ianya datang daripada pelbagai sebab dan suspek yang berlainan. Bagi remaja, kemurungan atau bersendirian ini mungkinlah disebabkan sedang mengalami proses tumbesaran separa dewasa atau dalam erti kata lain sedang dilamun cinta atau dah putus cinta. Selain itu, kemurungan ini terjadi akibat seseorang itu merasakan dirinya tersisih dan disisih.Bahkan ada juga aku rasakan, kemurungan ini sengaja dibuat-buat untuk menarik perhatian orang lain.Oklah, apa pun aku merasakan sifat ini ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.Marilah sama-sama kita mengikut sebagaimana disyorkan oleh Islam untuk hidup di dalam Jamaah, insyaAllah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama dijinjing.

Oklah Cerita sikit tentang hari ini. Seusai solat Jumaat, aku bersama YDP-YDP ada berjumpaan bersama Presiden PMRAM buat kali terakhir sebelum Muktamar Sanawi minggu depan.Ustaz Hairul….Terima kasih banyak-banyak atas masa yang diluangkan bersama kami.Minggu depan dengan Presiden baru pulak. Selepas tu, aku terus ke Sungai Nil bersama kawan-kawan Rumah Perlis bagi melaksanakan Muzakarah Berkelompok secara gabungan. Rasa seronok sangat dapat bersama beramai-ramai naik kapal dan menikmati keindahan Sungai Nil.Kat atas tu ada la satu gambar yang sempat aku posing…hehehe…Oklah setakat ini dahulu dapat aku coretkan. Maaf di atas silap dan salah. Kalau ada komen, jangan segan silu untuk suarakan demi kelangsungan lapangan penulisan. Terima kasih.

Kata Hikmah Hari Ini : " Boleh jadi yang jauh itu lebih dekat daripada yang dekat dan yang dekat lebih jauh daripada yang jauh " Saidina Ali K.W.H

0 comments: