CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, March 16, 2008

Indahnya sabar......


Assalamualaikum

Kaifa Haalukum? Aku sihat Alhamdulillah. Seperti biasa aku mengharapkan agar semua berada dalam kondisi yang baik dan sempurna di samping menjalankan rutin harian dengan tenang dan ceria.

Hari ini aku nak ajak kawan-kawan bercerita tentang sabar. Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada iman. Sesiapa yang hilang benda ni, tak tahu nak cakaplah…pasti dunia dia tunggang terbalik. Aku nak bawa satu senario yang terjadi di Negeri tercinta Perlis, Semua sekarang tak sabar-sabar nak pegang tampok kepimpinan. Nah, lihatlah sekarang ni semakin caca-merba. Aku merasakan semua pihak perlu bersabar di atas semua yang berlaku. Kepada yang tak terpilih kena banyak bersabar dan anggaplah ianya satu ujian yang mana Allah ingin menguji tahap keimanan hambanya. Bagi yang terpilih, perlu bersabar di atas amanah yang terpundak dan perlu menunjukkan prestasi yang terbaik. Oklah, cukup cerita pasal tu. Sekarang aku nak cerita pasal kesabaran yang sedang aku kendong dan galas. Terlalu banyak dan sehingga meruntun jiwa dan ragaku. Namun, bagi aku sabar itu tiada bertepi. Semakin bersabar semakin indah dirasakan ujian daripada Allah. Baru aku terasa hikmah Allah menyuruh hambanya bersabar dan menenangkan manusia bahawa Allah senantiasa bersama orang yang sabar. Di sebalik kesabaran yang aku tanggung ni, aku sempat berkongsi rasa hati bersama rakan yang aku rindu. Dia mendengar dengan penuh teliti dan senantiasa mengharapkan aku kuatkan diri. Terima kasih sahabat….Walaupun baru beberapa hari menjalinkan silaturrahim, dia memang seorang yang memahami. Satu lagi aku belajar, tiada istilah bersendirian dalam hidup sebab kita perlukan kawan untuk berbicara. Tambahan pula, aku nun jauh di negeri orang….kawan-kawanlah yang menggantikan mak dan abah menjadi penghibur setia dan perawat luka. Inilah satu lagi kesabaran yang perlu aku tanggung.Sabar dalam menuntut ilmu Allah yang sememangnya tiada batasan bak lautan luas saujana mata memandang. Aku senantiasa berdoa agar Allah mengurniakan satu sifat sabar yang mampu menjadi penghias diri paling indah untuk aku. Ya Allah kekalkanlah aku dalam kesabaran dalam apa jua keadaan sekali pun. Sesungguhnya engkaulah Sang Pemilik sabar yang hakiki.

Hari ni, aku tak buat apa. Tapi sempat jugalah menyelak sehelai dua buku kuliah. Imtihan dah tak lama lagi. Aku perlu lakukan persiapan secepat yang mungkin demi kelangsungan kejayaan yang cemerlang sepertimana dijanjkan Allah kepada hamba-Nya yang bertekun.Ok sekadar ini dahulu. Jumpa lagi esok ya..

Kata Hikmah Hari Ini: " Hati itu ibarat buku tulis kepada mata " Saidina Ali K.WH

0 comments: