CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, February 23, 2009

Sepi sekeping Hati

Di dalam hiruk pikuk suasana

Nun jauh di sudut…

Sekeping hati berkelana

Terasa seperti sunyi sendiri

Bising,hingar,riuh entah ke mana…


Teman ada haluan sendiri

Ke mana agaknya mereka…

Mungkin ke hulu mencari erti

Mengapa sepi yang aku rasa?

Sedang mereka riang bercampur tawa…


Ya…memang itu yang aku rasa

Hati terasa kosong,sepi,sunyi

Ke mana penenang jiwa

Ke mana penghibur duka…

Yang dulu kutatang penuh bermakna..


Patutkah kusalahkan dia?

Tatkala meratap sepi sekeping hati?

Kucuba cari pengganti

Tapi tak sama… tapi tak serupa…

Atma meronta tak dapat direda..


Mungkin kusalah…

Hidupkan hati dengan mencari hamba?

Sedangkan tuhan berkurun mengingatkan..

Ingatkan dia hatikan tenang..

Tertunduk ku pada firman..


Tuhan…

Bantuku pugarkan sepi sekeping hati…

Agar tak disulam hasut keturunan durjana

Agar terarah menuju cintaMu

Agar dicurah nur dan kasihMu

Sunday, February 22, 2009

Harga Sekuntum Maaf

Aku tak tahu kenapa…

Terlalu mudah bibir ini mengukir kata maaf

Kekadang, salah itu bukan daripadaku

Namun ligat nubari menampi rasa

Bersalah,gulana dan berdosa


Aku tahu…

Sungguh tinggi nilai sebuah kemaafan

Penyejuk rasa penenang jiwa tatkala dilafaz

Tapi kenapa terkadang sukar untuk diungkap?

Beratkah "maaf" itu hingga terbeban lidah dan terbungkam?


Bukalah mulut yg tertutup itu…

Ketika tangan bersandar ke dahi

Tuhan, aku maafkan mereka yang berbuat salah kepadaku

Namun lebih besar keampunanMu buatku

Moga aku tenang tatkala menuju padaMu…


Jika ditakdirkan esok masih ada…

Takkan kubakhil mengungkap maaf ini

Takkan kutegar membiar diri diasak rasa bersalah

Aku tahu maaf ini tinggi nilainya..

Kerana maaf mampu mengubah segalanya…..

Friday, February 20, 2009

Air mata ini untuk apa?


Benak diterjah…

Masalah itu perlu dirungkai

Masalah ini perlu diselesaikan

Kiri,kanan,depan dan belakang

Terhimpun sebak itu di hujung atma…


Tanpa disangka

Air panas itu mengalir lagi

Mulanya,sekadar dengar di hujung telinga

Sejurus disapa si dia

Sendu,memecah sunyi buana…


Air mata ini untuk apa?

Malu mula menjalar

Sahabat di sisi tak mampu berbuat apa..

Tangisan terus berbunyi sayu

Mungkin aku kan berasa lega…


Aku nekad

Izinkan aku derhaka buat kali ini

Kuhimpun kekuatan bersama teman

Inilah bulat suara hatiku

Biarlah aku dituduh khilaf…


Sekarang aku tahu…

Air mata ini penenang rasa

Sedangkan si gagah menangis tatkala dilukai

Inikan pula aku ?

Mampu air mataku ini membanjiri bumi gersang


Semua ini membuat aku kuat..

Semua ini membuat aku tegar..

Semua ini membuat aku kental

Tanpa semua ini…

Air mata ini takkan mengalir…