CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, February 22, 2009

Harga Sekuntum Maaf

Aku tak tahu kenapa…

Terlalu mudah bibir ini mengukir kata maaf

Kekadang, salah itu bukan daripadaku

Namun ligat nubari menampi rasa

Bersalah,gulana dan berdosa


Aku tahu…

Sungguh tinggi nilai sebuah kemaafan

Penyejuk rasa penenang jiwa tatkala dilafaz

Tapi kenapa terkadang sukar untuk diungkap?

Beratkah "maaf" itu hingga terbeban lidah dan terbungkam?


Bukalah mulut yg tertutup itu…

Ketika tangan bersandar ke dahi

Tuhan, aku maafkan mereka yang berbuat salah kepadaku

Namun lebih besar keampunanMu buatku

Moga aku tenang tatkala menuju padaMu…


Jika ditakdirkan esok masih ada…

Takkan kubakhil mengungkap maaf ini

Takkan kutegar membiar diri diasak rasa bersalah

Aku tahu maaf ini tinggi nilainya..

Kerana maaf mampu mengubah segalanya…..

0 comments: