|
Oleh sripetaling"
Penulis taklah berapa tahu tentang University Al-Azhar sebab penulis bukanlah penuntut di sana, tapi satu berita yang terpampang di Malaysiakini baru sebentar tadi begitu meletakkan penulis dalam keadaan tak tahu nak memberikan komen...diharapkan rakan-rakan yang pernah menuntut di sana memberikan komen tentang berita ini atau mereka ada saudara, anak atau sebagainya :
Malaysiakini reported:
"
| Lemah Arab punca al-Azhar batal MoU |
| Aug 1, 08 12:15pm |
| kemaskini 2:06pm Timbalan perdana menteri mendedahkan bahawa pembatalan perjanjian kerjasama antara Universiti al-Azhar dengan kesemua 20 kolej Islam di Malaysia akibat pencapaian rendah pelajar Malaysia, terutamanya penguasaan bahasa Arab. |
| Pembatalan itu dibuat oleh majlis tertinggi al-Azhar yang dipengerusikan oleh al-Imam al-Akhbar sendiri, kata Datuk Seri Najib Razak selepas merasmikan majlis pelancaran program khusus pelajar Malaysia ke Universiti al-Azhar. |
| Dalam ucapannya sebelum itu, Najib berkata tuduhan yang dibuat selama ini bahawa pembatalan perjanjian itu dibuat oleh kerajaan Malaysia merupakan "tuduhan yang meleset". |
| "(Kerjasama) itu Universiti al-Azhar yang batalkan. Sebab ada tuduhan kita membatalkannya. Universiti al-Azhar batalkan (perjanjian)," katanya. |
| Bagaimanapun, menurutnya, universiti tersohor dalam pengajian Islam itu telah "membuka ruang lain" supaya pelajar yang dihantar daripada kalangan pelajar-pelajar yang terbaik. |
| "Kita kena ambil langkah hantar pelajar yang terbaik. Universiti al-Azhar sudah bagi notis pada kita. Mereka tidak mahu (ambil) pelajar yang pencapaian mereka rendah," kata Najib. |
| Kelemahan penuntut Malaysia di luar negara itu, menurutnya, disebabkan sesetengah mereka menjadikan universiti itu sebagai "pilihan terakhir". |
| Mereka juga bukan daripada pelajar-pelajar pilihan, tambahnya. |
| Penuntut program khusus ini diperkenalkan kelas persediaan selama setahun sebelum menyambung pengajian empat tahun lagi di universiti, kata Najib. |
| Dalam majlis itu, Najib menyampaikan biasiswa sumbangan Amanah Raya Berhad seramai 20 pelajar pengambilan pertama program khusus ke universiti itu. |
| Mengulas penguasaan bahasa Inggeris kumpulan itu, Najib berkata, mereka yang terpilih mendapat keputusan baik dalam SPM antara 8A hingga 10A, termasuk pencapaian bahasa Inggeris dan Matematik. |
| Ditanya tentang dasar pengantar bahasa Inggeris untuk pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah yang sering dipertikaikan banyak pihak, Najib berkata, implikasi dasar itu sedang dikaji. |
| "Kementerian berkeanan (Kementerian Pelajaran) akan mencadangkan kepada kerajaan (tindakan) selanjutnya," katanya. |
| Menjawab soalan pemberita sama ada kerajaan akan menurunkan harga minyak mengikut situasi semasa ekonomi dunia, Najib berkata ia "bergantung kepada situasi pasaran". |
| Kerajaan, tambahnya, membincangkan perkembangan harga minyak global secara mingguan. |
| Mengulas pendirian PAS semalam menolak kerajaan campuran dengan Umno, sambil berseloroh Najib berkata: |
| "Macam-macam kenyataan (PAS) yang keluar, tak apalah dulu. Kalau hendak bincang, bincanglah dulu, tak usahlah buat macam-macam kenyataan. Bincanglah." |
0 comments:
Post a Comment